Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

NUTRIFERON SHAKLEE

nutriferon

Ditemui oleh Dr Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954 selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan. Dr Kojima Berjaya menghasilkan satu2nya interferon semulajadi di dunia yang diberi nama NUTRIFERON.

Dia berjaya menemui bahawa ekstrak daripada 4 tumbuhan, iaitu labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago, mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.  Formula yang digunakan adalah semulajadi, tulen, selamat dan berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, penyakit anjing gila, herpes, HIV dll. Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita daripada jangkitan influenza dan pelbagai jenis penyakit.

MANFAAT UTAMA

  • Mengukuhkan system imun dalam masa 3 hari dengan merangsang penghasilan interferon badan semulajadi. Kajian 2 menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan meningkatkan system imun secara keseluruhan dengan mengerahkan system pertahanan semulajadi tubuh yang berfungsi untuk membunuh bacteria : T cell, B-cell dan macrophages
  • Melawan kanser dan tumor – Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan semasa kemoterapi
  • Melindungi daripada influenza – mengimbangi kepada respon persekitaran dan perncemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza
  • Meringankan stress dan kelesuan –
  • Melambatkan penuaan – formula unik yang merangsang pengeluaran macrophage untuk mengurangka radikal bebas, virus dan kuman. Jadi, sel akan menjadi lebih sihat
  • Mengurangkan infeksi kepada pesakit2 Hepatitis B & C
  • Mengurangkan symptom menopause – tekanan darah tinggi, tahap kolesterol tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan menopause akan menjadi lebih baik
  • Mengurangkan symptom PMS – terbukti secara klinikal mengurangkan symptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan system endokrin, iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, kegelisahan, insomnia dan mood swing

     

     

    BERMINAT???

    SILA HUBUNGI

    FB: fyda noh

    0126211883

JAUNDIS BAYI BARU LAHIR

Sekarang macam jadi trend, kebanyakan baby baru lahir mesti kena jaundice. Sebenarnya amek contoh kat kampong saya ja. Dalam bulan May, ada 5 baby baru lahir, 3 daripada mereka kena jaundice.

APAKAH JAUNDICE?

Senang cita, demam kuning la. Habis mata, kulit baby jadi kuning, disebabkan oleh bilirubin, yang terhasil apabila sel darah merah pecah. Bilirubin ialah tak larut air, jadi sebab tu bilirubin yang tinggi akan manifest di kulit. Bilirubin akan diproses di hati untuk menjadikannya larut air dan dibuang dalam najis dan air kencing.

JENIS JAUNDICE

  • Physiological
    •  paling biasa menyerang baby
    • Biasanya bermula selepas 24 jam dan berakhir lebih kurang seminggu dua

 

  • Pathological (disebabkan penyakit)
    • Biasanya bermula sebelum 24 jam
    • Masih tinggi walaupun sudah 2 minggu. Namun, ada je physiological jaundice sampai sebulan, kena buat test baru tau penyakit atau tak

SEBAB JAUNDICE?

Kita tau suda yang bilirubin adalah produk daripada sel darah merah. Jika banyak sel darah merah yang pecah, jadi bilirubin akan banyak dalam darah.

Sel hati baby belum matang, jadi mengambil masa untuk proses bilirubin

Apakah penyebab bilirubin berlebihan dalam darah?

  • Polycythemia – keadaan dimana hemoglobin baby terlalu tinggi. Biasanya baby ini adalah normal. Mungkin disebabkan oleh lambat mengepit tali pusat selepas lahir, twin-to-twin transfusion syndrome, ataupun mungkin masalah plasenta sebelum lahir, biasanya berlaku kepada ibu yang menghidap tekanan darah tinggi atau diabetes semasa mengandung
  • Cephalhematoma – pengumpulan darah di bahagian kulit kepala ketika baby keluar dari jalannya
  • Pendarahan dalam ventricle – ventricle adalah kaviti dalam otak yang menyimpan air tulang belakang (cerebrospinal fluids). Biasanya baby yang tidak cukup bulan mempunyai risiko ini.

Selain daripada itu, baby yang dehidrasi juga boleh kena jaundice, mungkin susu ibu tidak cukup. Ini dipanggil “Breast feeding jaundice”

Jangan tak tahu, susu ibu juga boleh menyebabkan jaundice kerana dalam susu ibu terdapat bahan yang merencatkan tindakan enzim keatas bilirubin. Jangan risau ya ibu-ibu, penyusuan boleh diteruskan.

PATHOLOGICAL JAUNDICE YANG BIASA BERLAKU

ABO imcompatibility – iaitu perbezaan jenis darah anak dan ibu yang mana antibody dihasilkan oleh ibu termasuk ke dalam system peredaran darah baby dan memecahkan sel darah merah. Biasanya berlaku kepada ibu berdarah O dan baby berdarah A atau B. Walaupun logiknya darah O selamat didermakan kepada semua jenis darah, namun masih belum ada yang dapat merungkai bagaimana ini berlaku.

Rhesus negative mother (rhesus ialah salah satu antigen dalam darah) – Biasanya tidak berlaku kepada anak pertama kerana ketika itu badan ibu baru menghasilkan antibody kerana berlaku percampuran darah anak dan ibu. Anak-anak seterusnya akan terjejas

Namun ini boleh diatasi dengan suntikan rhogam kepada ibu.

Masalah thyroid – hypothyroidism (kurang hormone thyroid)

Selain daripada itu adalah masalah pada system hati dan hempedu yang memerlukan pembedahan

TIPS TURUNKAN PHYSIOLOGICAL JAUNDICE

Anak saya pun turut mengalami jaundice selama kurang lebih 14 hari, tapi nasib la tak tinggi sangat tak perlu letak bawah lampu..

Aha, letak bawah lampu di hospital untuk kurangkan jaundice.

Anak saya hari tu bagi dia hisap anggur hitam, Alhamdulillah terus turun.

Ada orang mandikan dengan herba-herba tapi x tau herba apa

Yang penting kena bagi susu dengan kerap. Baby yang jaundice memang lebih suka tidur je, sebab dia penat kerana toksin yang tinggi dalam badan. Kejut dia every 2 hours dan bagi susu, paksa jugak. Akeke

Lagi satu, awal2 bersalin jangan makan dulu herba-herba ya, mungkin jugak boleh menyebabkan jaundice

BAHAYA JAUNDICE

Jika level bilirubin terlalu tinggi, boleh masuk dalam otak dan menyebabkan kecacatan, sebab tu kalau Nampak anak kuning sikit terus bawak pegi klinik ya..

Jangan ambil mudah baby jaundice.

MLM haram?

MLM pertama yang saya sertai adalah Syarikat O. Kakak saya yang promote suh masuk, masa tu masih di INTEC, Shah Alam. Memang tak faham apa2 tentang perniagaan. Kakak saya pon 2×5. Yang diberitahu sebelum sertai syarikat O tu adalah:

“Kau bayar RMXXX, lepas tu kau cari 3 kaki. Nanti 3 kaki kau ni akan cari lagi 3 kaki. Tiap2 bulan duit akan masuk RMYYYY.

Senang.

Tak payah jual barang.

Cari new members je. Standard practice lah kena senaraikan 100 orang yang kita nak approach.

Masa tu, saya memang tak faham pun tentang bisnes. Saya pun nampak MLM begitu. Register, then cari orang, cari orang, cari orang… kau akan kaya-raya.

Tapi saya tak pandai cari orang. Siap paksa kawan2 sign up

Kemudian, MLM ke-2. Syarikat U.Masa tu saya 4th  year, join sebab baru pegi program Dr Azizan Osman. Ada yang kira-kira befday tu, keluar satu nombor. Adalah sifat-sifat diri pada diri kita yang sesuai dengan pekerjaan apa. Nombor saya pulak ialah ahli perniagaan la konon. Bila kawan approach terus saya semangat nak bisnes konon.

Tapi tobat tak reti nak jual. Bisnes ni pon kena cari kaki jugak nak dapat bonus. Ada jugak try share produk online, tapi hampeh. Bukan dapat untung, malahan rugi sebab kena beli produk dia dulu untuk daftar. Tapi saya puji diri sendiri sebab saya boleh cerita kat orang ajak buat bisnes ni.. face to face ok..

Bila bisnes ni tak jalan, saya pon tak da semangat nak bisnes lagi. Sampai saya kerja dan ada member ajak masuk Shaklee. Kebetulan kakak saya pon join Shaklee jugak, jadi saya register bawah dia ja.

Dalam kepala dah terbayang sapa aku nak ajak ni. Tapi kakak saya tak pulak suruh cari orang untuk cepat kaya, dia suruh belajar pasal produk, then jual. Masa tu saya dah kerja di Sabah. Dia suruh saya jumpa seorang kawan dia untuk belajar pasal bisnes ni. Masa tu hampir-hampir bergaduh dengan husband sebab dia memang anti sangat MLM.

Bila jumpa orang tu, dia cakap pasal produk dan cara nak jual produk, nak promote camne dll. Terkejut husband, tu dia ok sikit

Dari sini saya belajar konsep MLM yang sebenar.

MLM ni adalah satu cara pemasaran produk yang menggunakan sistem ‘ejen’. Ia bertujuan untuk menjimatkan kos. Dan syarikat yang memiliki produk tu memberi insentif berkaitan kepada ejen-ejen yang memasarkan produknya.

Konsepnya saya macam produk-produk yang dijual melalui ejen, cuma MLM ni dia ada beri insentif untuk pemimpin… sebab apa? Sebab syarikat2 ni ‘malas’ nak layan karenah ejen2 baru, jadi dia lantik ejen2 ni juga sebagai pemimpin untuk beri panduan kepada ejen2 baru.

TAPI… yang jadi  cari orang, cari orang, cari orang  adalah berpunca dari sifat serakah nak duit cepat.. menjanjikan benda bukan-bukan yang membuta-tulikan orang-orang yang nak duit cepat juga… maka timbullah kumpulan2 MLM yang memberi janji2…

‘tak perlu jual barang’
‘invest 10 ribu dapat 100 ribu dalam masa 6 bulan’
‘sistem automatik’
‘cuma perlu aktifkan nama anda saja’

dan sebagainya… yang takde satu pun mengajar tentang penjualan dan pemasaran produk.

Belum masuk produk-produk yang berdasarkan testimonial semata2.

Maka menjadi satu idea dalam pemikiran masyarakat bahawa MLM adalah satu skim perniagaan MENIPU, CEKIK DARAH, ORANG ATAS LEPAK ORANG BAWAH BUAT KERJA dan sebagainya.

MLM yang asli dan sebenar adalah adil. Pemimpin cuma mendapat bonus kepimpinan saja, dan tak usik sikitpun bonus jualan anak buah. Dan anak buah boleh mengatasi pemimpinnya, jika dia lebih pandai buat marketing dan menjual.

Namun, kerja2 MLM haram jadah tetap berlaku. Hingga ada yang sanggup bergolok bergadai kerana tertarik dengan janji-janji manis yang kosong. Paling best bila ada ‘sistem automatik’…

Bisnes adalah bisnes. Ia berlaku bila ada transaksi antara 2 pihak, satu pihak terima, satu pihak bayar atas produk ataupun servis yang diberi. Tapi bila tiada produk yang dijual, tiada servis yang diberi…?

Bisnes MLM adalah bisnes yang paling mudah, kerana produk dan tersedia, dengan mentor yang terbukti. Pemimpin jualan adalah orang-orang yang sudah pun berjaya, dan orang-orang ini akan memberi sepenuh tenaga untuk menyokong anak-anak buahnya tanpa anak-anak buah ni perlu bayar.

Namun disebabkan persepsi bahawa MLM adalah Multi Level Menipu, disebabkan oleh mereka yang menjalankan MLM haram dan MLM haram jadah, ia memang sukar dikikis. Ia sama macam kita jual baju, jual senduk, bezanya baju kita tak perlu nak jahit lagi, dan tak perlu susah2 nak masuk kelas bisnes baju di sana sini, sebab mentor yang dah berjaya dalam bisnes baju akan beri bimbingan, FOC. Tapi sendiri pun kena la usahaaaaaa.

Ini lagi satu hal. Tengok janji-janji ‘RM100,000 dalam masa 6 bulan’, memang boleh dapat, tapi bukan dengan goyang-goyang kaki atas sofa boleh dapat. No free lunch. Tiada benda yang mudah di dunia ni. Tapi kadang terkilan juga sebab ada yang gunakan benda ni sebagai tawaran untuk mendapatkan ahli di bawah mereka.

MLM bukan dengan menambah ahli ramai-ramai… Ia perlu datang dengan kepimpinan terhadap ahli-ahli yang ingin serius. Bukan sekadar ‘jualan automatik’ atau ‘duit automatik’. Banyaklah.. yang mempergunakan sistem MLM dengan macam2 cara… memang kasihan pada yang pernah terkena.

Tapi biasanya yang macam ni tak bertahan lama.

MLM bukan cari orang-cari orang-cari orang; sebaliknya jual barang-jual barang-jual barang, dengan bimbingan, dan dengan teknik duplikasi, kita pun akan melakukan perkara yang sama – membimbing orang lain untuk menjual, seperti yang kita lakukan.

MLM menghasilkan bukan saja penjual malah pemimpin.

Tapi sayang…. banyak yang dah merapu… terteleng ke kiri kerana nak short-cut. Hati-hati dengan short-cut. Kereta saya pernah terkena paku ketika melalui short-cut. Dan hanpir terpijak kaca masa melalui lorong short cut.

Gunakan sistem dengan betul kalau betul2 nak meniaga MLM…

Dan anda boleh nilai, bila di-approach untuk ‘berniaga’… adakah yang mengajak tu benar-benar mengamalkan sistem yang betul (ajar untuk meniaga dan memimpin) atau semata-mata nak ramaikan downlines yang boleh support kedudukan dia.

Meniaga ni memang susah.

Makin besar perniagaan, makin susah.

Cuba tanya tokei Tesco dengan penjual pasar malam, yang mana paling senang nak urus?

Jadi sebelum menceburkan diri dalam APA SAJA PERNIAGAAN, kaji dulu. Kalau main redah aje, ada 2 kemungkinan, (1) anda belajar secara street smart, (2) anda tak belajar apa-apa sebab asyik kecundang & down, dan rasa “Bisnes bukan untuk saya”.

Berbalik kepada tajuk, kenapa saya suka bisnes Shaklee? Kerana setakat ini, ia adalah bisnes yang benar2 kena dengan jiwa sanguine-phlegmatic saya. Saya galak bersosial tapi di atas talian saja. Saya bebas melakukan aktiviti harian saya tanpa perlu menghadiri sesi-sesi ‘close sale’ atau ‘bertemu leader’ kerana kami bertemu setiap saat di atas talian juga.

Saya menjalankan coaching, seminar, tutorial pun secara online. Ia amat sesuai dengan jiwa surirumah, dan surirumah2 serta wanita2 bekerja yang tak boleh nak commit untuk bertemu di luar.

Yang paling penting, flow positif sentiasa mengalir, dan mentoring activity sentiasa berlaku untuk mereka2 yang benar2 ingin serius. Menjadi saya, saya tidak pernah memaksa sesiapa untuk lakukan apa yang mereka tak mahu.

Paling utama, kami tidak menjalankan bisnes semata-mata kerana mendapatkan sesuatu, tapi lebih kepada menjadi sesuatu. Alhamdulillah, dari sehari ke sehari kualiti diri saya, saya berusaha perbaikinya.  Kita memang insan yang lemah, dan ia memberi banyak ruang untuk muhasabah.

Yang penting, saya tak hilang kawan2 saya, malah bertambah.

Niat tu penting. Seorang usahawan tugasnya membawa kebaikan dan menyelesaikan masalah masyarakat, bukan menjanjikan kekayaan yang bukan-bukan.

Akhir kata, carilah mentor yang membawa anda kepada APA YANG ANDA NAK JADI, bukannya APA YANG ANDA INGIN MILIKI. Apa yang kita nak jadi (want to be), itulah jatidiri kita, tapi apa yang kita nak miliki… sedarilah semua tu bukan milik kita.

Salam kejayaan!

 

Kredit to: http://www.mysuperkids.net

Shaklee sebenarnya tidak asing bagi saya, sejak mengandung lagi memang dah makan Shaklee.

Tapi risau la jugak sebelum bersalin tu, sebab saya ni jenis badan kecik, breast pon tak nampak. Takut le susu sikit tak cukup untuk baby, sebab saya memang plan nak bagi susu badan sampai 2 tahun, insya Allah

Masa peringkat akhir mengandung, memang kalau picit breast tu dah keluar air susu. Seronok sangat.. hihi

Lepas baby lahir, dia kuning sampai 14 hari. Beberapa kali saya diperli oleh nurse,

“Anak tak cukup susu tu, bagi la susu formula..”

“Susu saya banyakla.. takyah risau” balas saya.

Susu saya memang banyak pon, sampai basah-basah baju. Cuma anak saya suka tidur dan saya pulak malas nak kejut dia.. ahaha

Lagipon baby Sara kuning dia taklah sampai kena letak bawah lampu pun.

Saya terus je bagi baby minum susu, kali ni terpaksa la kejut, paksa-paksa jugak minum susu. Alhamdulillah, hari ke14 kuning dia turun.

Bulan puasa pun saya tiada masalah untuk menyusu, sampai sekarang pon masih basah baju dengan susu atau risau pasal nutrien untuk baby.

Alhamdulillah, baby Sara membesar dengan sihat dan berat dia pun naik cantik ja.

???????????????????????

Rupanya surah Dhuha ini sangat indah maknanya… walaupun baca masa solat dhuha sekadar tahu tafsir tapi tak tahu maksud tersirat.

SEJARAH

Surah ini diturunkan ketika nabi bersedih apabila tidak mendapat wahyu selama 6 bulan jadi baginda rasa Allah tak mau cakap dengannya lagi, dah tak pedulikan dia.

Pernah tak rasa macam tu? Bila kita solat ke, beribadah ke, berdoa ke tapi macam Allah tak respond, tak rasa seronok. Pastu dok pikir Allah tak sayang aku dah, Allah tak tengok aku pun.. macam2 la..
Lalu Allah jawab kepada baginda Rasulullah dalam surah ini

UNTUK MOTIVASI

1. Demi wakti dhuha
Ketika ini matahari naik sepenggalah. Matahari yang bersinar, langit gemilang, burung berkicau, udara pun nyaman
Bangunlah, tengoklah waktu dhuha ini.

2. Dan demi malam yang sunyi
Malam ialah waktu kita rehat, sebab tuhla sunyi. Orang stress ni dia tak kira dah, siang malam tah ke mana dah. Dan orang yang selalu stay up malam2 pon akan stress, jadi berehatlah pada waktu malam

3. Tuhanmu tidak meninggalkan mu dan tidak membencimu
Lepas tadi dah bangun tengok waktu dhuha yang indah, mesti dah rasa lega sikit. Ditambah dengan ayat ini, Allah tak benci

4. Dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik daripada permulaan
Kemudian Allah berjanji.Nasib kita nanti akan lebih baik daripada sekarang, di akhirat adalah lebih baik

5. Dan sungguh, kelak tuhanmu pasti memberi kurnia kepadamu sehingga engkau berasa puas
Tak lama lagi, Allah akan bagi kepada kita nikmatNya, kurniaNya yang sebanyak-banyaknya sampai kita rasa puas dengan apa yang kita. Tak lama lagi, di dunia dan lebih2 lagi di akhirat

SEBAB UNTUK PERCAYA
Kemudian Allah beri sebab kenapa kita kena percaya apa yang Dia cakap di atas

6. Bukankah Dia mendapati kamu yatim, lalu Dia melindungimu?
Mungkin ada antara kita ada mak ayah, tapi masa kecik2 dulu ketika takda orang jaga kita, Allah lindung kita. Ketika kita menangis tapi mak ayah tak dera kita pun. Bukankah itu perlindungan Allah

7. Dan ketika Dia mendapati kamu bingung, lalu Dia beri petunjuk
Dalam kehidupan kita seharian yang banyak pilihan, Allah bagi petunjuk untuk hidup, Allah bagi ilham. Walau susah, walau senang tapi kita ada cari hidup masing-masing

8. Dan Dia mendapatimu serba kekurangan, lalu Dia beri kecukupan
Macam-macam Allah dah beri kepada kita kan untuk mencukupkan kita dalam kehidupan. Lu pk la sendiri

ANTIDOT STRESS

9. Kepada anak yatim janganlah berlaku sewenang-wenangnya

10. Dan terhadap orang yang meminta, janganlah engkau mengherdik

Tengoklah orang di bawah kita. Anak yatim dan peminta sedekah. Anak yatim tiada ibu bapa untuk menjadi mereka dan orang miskin tiada makanan, tempat tinggal dan sebagainya. Kalau kita rasa susah dan stress, ada lagi orang yang susah daripada kita sepatutnya mereka lagi stress

11. Dan terhadap nikmat tuhanmu, hendaklah bersyukur
Apabila kita bersyukur dengan nikmat Allah bagi, hilanglah stress kita. Walaupun mungkin kita rasa Allah tak pedulikan kita, tapi kita masih boleh bernafas ada lagi oksigen Dia bagi, ada lagi tangan kaki kita dan macam-macam lagi.

Seronokkan? Tiada lagi tekanan. Syiokkan? Allah adalah apa yang kita sangka. Kalau kita percaya Dia sayangkan kita, Dia akan masukkan kita ke dalam syurga, insyaAllah Dia takkan khianati kepercayaan kita.

Syndrome X

Syndrome X. Tahukah kamu apakah Syndrome X, ke sindrom songsang? Salah, salah..

Menurut  Dr Gerald Reavens, seorang doctor dan professor di University Stanford, menggunakan perkataan ini untuk menerangkan kumpualan masalah yang mempunyai punca yang sama : rintangan insulin baca insulin resistance

BAGAIMANA SYNDROME X TERJADI??

Syndrom ini sangat berkait rapat dengan corak pemakanan kita. Kebanyakan orang makan makanan tinggi karbohidrat dan berlemak tinggi. Lama kelamaan badan kita menjadi kurang sentitif kepada insulin

Insulin adalah hormone yang mendorong gula ke dalam sel badan untuk digunakan menjadi tenaga atau disimpan sebagai lemak. Badan ingin mengawa gula dalam darah. Jadi, apabila badan menjadi kurang sensitive kepada insulin, badan akan menghasilkan lebih banyak insulin. Dalam erti kata lain, apabila terdapat gula yang banyak dalam darah, badan akan memaksa sel beta di pancreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin. Walaubagaimanapun insulin ini gagal untuk menurunkan gula dengan berkesan, keadaan inilah dipanggil insulin resistance. Saban hari, orang ini memerlukan insulin yang sangat banyak untuk mengawal gula.

Sekarang, badan sudah mempunyai paras insulin yang sangat tinggi, ini dipanggil hyperinsulinemia. Ya, gula boleh dikawal dengan baik, tetapi hyperinsulinemia menyumbang kepada lebih banyak masalah kesihatan. Antaranya :

  1. Radang kepada salur darah, yang boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke
  2. Darah tinggi
  3. Trigyceride meningkat (lemak lain dalam darah selain kolesterol)
  4. HDL akan berkurang
  5. LDL akan meningkat
  6. Kecenderungan darah untuk membeku
  7. Berat badan naik dengan tidak terkawal – biasanya di kawasan pinggang (central obesity)

Selepas beberapa lama dilabel sebagai syndrome X, sel beta pada pancreas yang telah banyak menghasilkan insulin tadi akan penat atau rosak dan tidak dapat menghasilkan insulin lagi, lalu pada peringkat ini gula akan meningkat dalam darah.

Sebab insulin resistance

Sebab paling utama ialah diet kita. Kita tidak sedar yang karbohidrat kita makan ialah rantaian gula yang panjang yang mana diserap oleh badan pada kadar yang berlainan.

Terdapat dua jenis karbohidrat

  1. High-glycemic – makanan ini akan melepaskan kandungan gula ke dalam darah lebih cepat daripada gula yang kita buat air tu.

Contoh : Nasi, roti putih, tepung gandum dan ubi kentang

  1. Low-glycemic – makanan yang membebaskan gula ke dalam darah dalam tempoh yang lebih perlahan

Contoh : kacang hijau, kubis Brussel, tomato, epal dan oren.

Masyarakat kita lebih suka makan makanan dengan high-glycemic index, jadi gula akan naik mendadak, dan merangsang hormone insulin. Apabila gula dalam darah menurun, kita akan cepat rasa lapar, lalu mula lah makan makanan rapu atau dalam jumlah yang banyak, dan kitaran tu akan berlaku semula. Lama kelamaan badan kita akan jadi kurang senstitive pada insulin yang terlalu banyak.

MACAMMANA NAK TAU SAYA ADA SINDROM X?

Untuk melihat paras insulin dalam badan adalah agak mustahil sebab jarang doctor nak buat test macam tu. Kalau di hospital swasta tak tau la.

Yang biasa dibuat ialah lipid profile ataupun cek lemak la. Biasanya kita lebih biasa dengan nisbah keseluruhan kolesterol kepada HDL. Tapi untuk mengetahui anda ada syndrome X, ialah nisbah trigelyceride kepada HDL. Jika melebihi 2, makanya anda mungkin ada sindrom X.

Perhatikan juga tekanan darah anda, kalau asyik tinggi je, ada kemungkinan tu. Dan juga saiz pinggang anda, jika sering meningkat ada cenderung kepada central obesity.

RAWATAN

Rasanya kalau anda pegi jumpa doctor, memang mereka akan bagi ubat untuk tekanan darah dan ubat untuk turunkan kolesterol.

Tahukah anda keadaan ini masih boleh diselamatkan dengan mengubah gaya hidup anda

1. Makan makanan berkhasiat. Bykkan makanan low-glycemic dan berserat tinggi

2. Bersenam berpada-pada

3. Mengamalkan suplemen yang berkualiti

Anda mampu mengubahnya, itu pon kalau anda sudi berubah.

Oh lagi satu, pada yang merokok, sila lah berhenti ye

Cinch Shake Shaklee

IMG_0338

Setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan medapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut.

Protein – membina otot dan otot akan menaikkan kadar metabolism dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Tidak lupa juga kepada leucin – nutrisi penting dalan Cinch untuk keperluan tubuh kita

MANFAAT UTAMA

  1. Indeks glycemic rendah – 22; sesuai untuk  penghidap kencing manis – mengekalkan tahap gula normal dan mengekalkan tenaga
  2. Dengan Cinch Pro, campuran eksklusif protein dipertingkat dengan leucine – asid amino – untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
  3. 24 gram protein setiap hidangan – membantu anda untuk sentiasa kenyang
  4. Tinggi kandungan serat
  5. Memberikan 35% atau lebih kepada Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  6. Penggunaan soya bebas GMO
  7. Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis

 

BERMINAT???

Sila hubungi saya untuk membuat tempahan atau pertanyaan lanjut

0126211883

aliffmilo@gmail.com

FB fydanoh

peppermint ginger

Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur dan dihasilkan di bawah procedure standard dengan melalui penggunaan teknologi sains dan terkini.

Secara klinikal, sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastric, mabuk laut.

MANFAAT UTAMA

  1. Pudina – melegakan otot perut, mempunyai kesan penenang, membantu penghadaman, melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit. Mengurangkan mabuk laut/darat dan kesan sampingan kemoterapi seperti muntah dan hilang selera makan. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, menyekat demam. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus
  2. Halia – digunakan oleh masyarakat Cina lebih 2 ribu tahun. Merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, senggugut, loya dan mual ketika mengandung, semasa pantang. Kajian di UK menunjukkan halia dapat menghalang muntah selepas pembedahan dikalangan wanita.
  3. Pokok Adas (fennal)  – Orang Eropah menggunakannya untuk menghilangkan kembung perut selepas makan. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu dan membantu masalah alergi pada saluran usus.
  4. Cekur manis (anise) – digunakan oleh orang Mesir purba. Melegakan masalah percernaan dengan merembeskan jus gastric. Menahan kulat penyebab penyakit kulit, melegakan haba dimusim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga dalam badan.

Sesuai dimakan begitu sahaja atau campur dengan air panas, diminum sebagai air herba

GLA complex

Apakah GLA?

Gamma linoleic acid – salah satu asid lemak daripada kumpulan lemak Omega-6

Perbezaan Shaklee

-diekstrak daripada borage

– setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang merupakan sumber terbaik Omega-6.

-digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

– bioavailabiti dibuktikan secara klinikal dimana mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tissue

 

Keistimewaan BORAGE

  1. Mengandungi 2 kali ganda GLA berbanding Evening Primrose Oil (EPO)
  2. 3 kali lebih bioavailability dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO

MANFAAT UTAMA

  1. Herba tradisi yang dipercayai – Borage adalah herba kegemaran Barat. Ia merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  2. Mengawal selia estrogen dan testosterone – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, membaiki symptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara
  3. Mengurangkan symptom menopause
  4. Menjaga kesihatan prostat
  5. Menentang kanser – merupakan antioksida yang meningkatkan system imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
  6. Memperbaik inflamasi kulit – mengurang inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, membaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Juga mengurangkan sakit rheumatism dan arthritis
  7. Menghalang komplikasi diabetes – merendahkan gula darah. Meringankan kebas
  8. Pelangsingan – merendahkan kolesterol LDL, menghalang pertambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk mencapai tubuh badan yang cantik, menghalang penambahan berat badan
  9. Mengawal tekanan darah
  10. Membaiki tekstur rambut
  11. Untuk hyperaktif dan autism – dibuktikan secara klinikal dapat membantu daya tumpuan

BUKAN UNTUK :

Orang hamil dinasihatkan tidak mengambil suplemen ini kerana dikatakan boleh merosakkan janin dan mengakibatkan kelahiran pramatang

 

BERMINAT???

Hubungi saya

FB fydanoh

aliffmilo@gmail.com

0126211883

Pasti ramai teruja dengan perawatan sel stem (stem cell), malahan terdapat pelbagai produk di pasaran yang mendakwa bahawa produk mereka mengandungi sel stem.

APA ITU SEL STEM

-Sel induk atau sel asas yang mempunyai kelebihan menjadi sel lain dalam tubuh manusia. Oleh itu, ia berpotensi untuk membantu pemulihan sel mati, rosak atau berpenyakit

– Terdapat 2 jenis sel stem

  1. Sel stem embryonic ( embryonic stem cells)
    1. Diambil daripada sel janin awal yang akan mati selepas sel ini diambil. Disebabkan kontroversi yang tercetus, maka kajian terhadap sel ini tidak digunakan secara meluas.
    2. Lebih berpotensi untuk menjadi semua jenis sel dalam tubuh manusia kerana bersifat pluripoten

 

  1. Sel stem dewas (adult stem cell / masencyhmal stem cells)
    1. Diambil daripada pelbagai bahagian tubuh manusia seperti kulit, lemak, darah, mata, plasenta dan sebagainya.
    2. Bersifat multipoten, kurang poteni untuk berubah menjadi sel lain.

Kajian ke atas sel stem dewasa giat dijalankan dalam bidang perubatan regenerative,  penghasilan organ untuk transplant, perubatan estetik dan proses penuaan sihat. Diantaranya ialah terapi penyakit seperti kecederaan saraf tunjang, diabetes, Parkinson, Alzheimer dan pelbagai penyakit kronik yang lain.

Mungkin suatu hari nanti, pesakit buah pinggang bakal medapat pertukaran organ daripada organ yang dihasilkan daripada sel stem.

Namun, perlu difahami bahawa sel stem amat mudah rosak dan mati jika terdedah kepada suhu yang tinggi. Ia perlu diletakkan dalam cecair yang lengkap dengan segala nutrisi yang diperlukan.

Oleh itu, mustahil ada pihak mendakwa produk mereka mempunyai sel stem kerana sel stem tidak boleh diletakkan dalam krim atau serum.

Sementara semua kajian sel stem benar2 mantap dan kajian mengenainya lengkap, maka hendaklah kita berhati-hati dengan pihak yang mendakwa produk mereka mempunyai sel stem kerana itu tidak tepat atau sekadar memperdaya pengguna.

 

Jika anda berminat dengan produk Shaklee :

Hubungi saya

FB fydanoh

aliffmilo@gmail.com

0126211883