Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

Syndrome X

Syndrome X. Tahukah kamu apakah Syndrome X, ke sindrom songsang? Salah, salah..

Menurut  Dr Gerald Reavens, seorang doctor dan professor di University Stanford, menggunakan perkataan ini untuk menerangkan kumpualan masalah yang mempunyai punca yang sama : rintangan insulin baca insulin resistance

BAGAIMANA SYNDROME X TERJADI??

Syndrom ini sangat berkait rapat dengan corak pemakanan kita. Kebanyakan orang makan makanan tinggi karbohidrat dan berlemak tinggi. Lama kelamaan badan kita menjadi kurang sentitif kepada insulin

Insulin adalah hormone yang mendorong gula ke dalam sel badan untuk digunakan menjadi tenaga atau disimpan sebagai lemak. Badan ingin mengawa gula dalam darah. Jadi, apabila badan menjadi kurang sensitive kepada insulin, badan akan menghasilkan lebih banyak insulin. Dalam erti kata lain, apabila terdapat gula yang banyak dalam darah, badan akan memaksa sel beta di pancreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin. Walaubagaimanapun insulin ini gagal untuk menurunkan gula dengan berkesan, keadaan inilah dipanggil insulin resistance. Saban hari, orang ini memerlukan insulin yang sangat banyak untuk mengawal gula.

Sekarang, badan sudah mempunyai paras insulin yang sangat tinggi, ini dipanggil hyperinsulinemia. Ya, gula boleh dikawal dengan baik, tetapi hyperinsulinemia menyumbang kepada lebih banyak masalah kesihatan. Antaranya :

  1. Radang kepada salur darah, yang boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke
  2. Darah tinggi
  3. Trigyceride meningkat (lemak lain dalam darah selain kolesterol)
  4. HDL akan berkurang
  5. LDL akan meningkat
  6. Kecenderungan darah untuk membeku
  7. Berat badan naik dengan tidak terkawal – biasanya di kawasan pinggang (central obesity)

Selepas beberapa lama dilabel sebagai syndrome X, sel beta pada pancreas yang telah banyak menghasilkan insulin tadi akan penat atau rosak dan tidak dapat menghasilkan insulin lagi, lalu pada peringkat ini gula akan meningkat dalam darah.

Sebab insulin resistance

Sebab paling utama ialah diet kita. Kita tidak sedar yang karbohidrat kita makan ialah rantaian gula yang panjang yang mana diserap oleh badan pada kadar yang berlainan.

Terdapat dua jenis karbohidrat

  1. High-glycemic – makanan ini akan melepaskan kandungan gula ke dalam darah lebih cepat daripada gula yang kita buat air tu.

Contoh : Nasi, roti putih, tepung gandum dan ubi kentang

  1. Low-glycemic – makanan yang membebaskan gula ke dalam darah dalam tempoh yang lebih perlahan

Contoh : kacang hijau, kubis Brussel, tomato, epal dan oren.

Masyarakat kita lebih suka makan makanan dengan high-glycemic index, jadi gula akan naik mendadak, dan merangsang hormone insulin. Apabila gula dalam darah menurun, kita akan cepat rasa lapar, lalu mula lah makan makanan rapu atau dalam jumlah yang banyak, dan kitaran tu akan berlaku semula. Lama kelamaan badan kita akan jadi kurang senstitive pada insulin yang terlalu banyak.

MACAMMANA NAK TAU SAYA ADA SINDROM X?

Untuk melihat paras insulin dalam badan adalah agak mustahil sebab jarang doctor nak buat test macam tu. Kalau di hospital swasta tak tau la.

Yang biasa dibuat ialah lipid profile ataupun cek lemak la. Biasanya kita lebih biasa dengan nisbah keseluruhan kolesterol kepada HDL. Tapi untuk mengetahui anda ada syndrome X, ialah nisbah trigelyceride kepada HDL. Jika melebihi 2, makanya anda mungkin ada sindrom X.

Perhatikan juga tekanan darah anda, kalau asyik tinggi je, ada kemungkinan tu. Dan juga saiz pinggang anda, jika sering meningkat ada cenderung kepada central obesity.

RAWATAN

Rasanya kalau anda pegi jumpa doctor, memang mereka akan bagi ubat untuk tekanan darah dan ubat untuk turunkan kolesterol.

Tahukah anda keadaan ini masih boleh diselamatkan dengan mengubah gaya hidup anda

1. Makan makanan berkhasiat. Bykkan makanan low-glycemic dan berserat tinggi

2. Bersenam berpada-pada

3. Mengamalkan suplemen yang berkualiti

Anda mampu mengubahnya, itu pon kalau anda sudi berubah.

Oh lagi satu, pada yang merokok, sila lah berhenti ye

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: