Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

Pasti ramai teruja dengan perawatan sel stem (stem cell), malahan terdapat pelbagai produk di pasaran yang mendakwa bahawa produk mereka mengandungi sel stem.

APA ITU SEL STEM

-Sel induk atau sel asas yang mempunyai kelebihan menjadi sel lain dalam tubuh manusia. Oleh itu, ia berpotensi untuk membantu pemulihan sel mati, rosak atau berpenyakit

– Terdapat 2 jenis sel stem

  1. Sel stem embryonic ( embryonic stem cells)
    1. Diambil daripada sel janin awal yang akan mati selepas sel ini diambil. Disebabkan kontroversi yang tercetus, maka kajian terhadap sel ini tidak digunakan secara meluas.
    2. Lebih berpotensi untuk menjadi semua jenis sel dalam tubuh manusia kerana bersifat pluripoten

 

  1. Sel stem dewas (adult stem cell / masencyhmal stem cells)
    1. Diambil daripada pelbagai bahagian tubuh manusia seperti kulit, lemak, darah, mata, plasenta dan sebagainya.
    2. Bersifat multipoten, kurang poteni untuk berubah menjadi sel lain.

Kajian ke atas sel stem dewasa giat dijalankan dalam bidang perubatan regenerative,  penghasilan organ untuk transplant, perubatan estetik dan proses penuaan sihat. Diantaranya ialah terapi penyakit seperti kecederaan saraf tunjang, diabetes, Parkinson, Alzheimer dan pelbagai penyakit kronik yang lain.

Mungkin suatu hari nanti, pesakit buah pinggang bakal medapat pertukaran organ daripada organ yang dihasilkan daripada sel stem.

Namun, perlu difahami bahawa sel stem amat mudah rosak dan mati jika terdedah kepada suhu yang tinggi. Ia perlu diletakkan dalam cecair yang lengkap dengan segala nutrisi yang diperlukan.

Oleh itu, mustahil ada pihak mendakwa produk mereka mempunyai sel stem kerana sel stem tidak boleh diletakkan dalam krim atau serum.

Sementara semua kajian sel stem benar2 mantap dan kajian mengenainya lengkap, maka hendaklah kita berhati-hati dengan pihak yang mendakwa produk mereka mempunyai sel stem kerana itu tidak tepat atau sekadar memperdaya pengguna.

 

Jika anda berminat dengan produk Shaklee :

Hubungi saya

FB fydanoh

aliffmilo@gmail.com

0126211883

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: