Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

Archive for December, 2012

Boost up your immunity

Antibiotik adalah sejenis bahan kimia yang terhasil menerusi mikroorganisma (kuman) yang boleh mengehadkan atau membunuh kuman yang lain. Digunakan dengan meluas dalma bidang perubatan dan pertanian sebagai ubat untuk membantu pertahanan untuk melawan penyakit berjangkit untuk manusia, tumbuhan dan haiwan.

Namun, kebelakangan ini kebanyakan syarikat pembuat ubat tidak lagi mengeluarkan antibiotik baru, walaupun kebanyakan antibiotik sedia ada tidak mampu melawan spesies kuman baru yang muncul.

Hal ini terjadi kerana kita biasa mendapat antibiotik untuk demam selsema dam sakit kerongkong yang biasanya diakibatkan oleh virus. Tiada antibiotik yang dapat membunuh virus. Kebanyakan kita juga tidak menghabiskan antibiotik yang dibekalkan menyebabkan tidak semua kuman dalam badan yang dibunuh menyebabkan mereka kembali aktif dan menjadi kuman yang tidak lagi berkesan dengan antibiotik sebelum ini.

Satu kajian oleh Persatuan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat menunjukkan jumlah antibiotik yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (FDA) berkurangan 56 peratus dalam tempoh 20 tahun dengan hanya 6 antibiotik baru di pasarkan, termasuk 2 pada   2003. Ini berlaku ketika pelbagai jenis species kuman baru yang tahan antibiotik ditemui semakin membiask di persekitaran air dan rantaian makanan.

Saintis lebih bertumpu untuk menghasilkan ubat untuk penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, jantung yang pasarannya lebih luas dan lumayan.

Realiti di hospital (at least tempat kerja saya) kebanyakan antibiotik yang kami gunakan tidak lagi mampu membunuh kuman, terutama untuk pesakit yang kritikal, namun antibiotik itulah yang terus kami gunakan kerana tiada pilihan dan antibiotik yang kuat terlalu mahal dan risau akan menyebabkan resistan.

Jadi, saya menyeru kepada anda jika anda hanya demam biasa, sakit tekak, selsema silalah tolak antibiotik jika diberi oleh doktor anda, kalau tak pon tanya “doktor, saya ni jangkitan virus ke bakteria? Kalau virus, sy tanak antibiotik..” acececeh