Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

JAUNDIS BAYI BARU LAHIR

Sekarang macam jadi trend, kebanyakan baby baru lahir mesti kena jaundice. Sebenarnya amek contoh kat kampong saya ja. Dalam bulan May, ada 5 baby baru lahir, 3 daripada mereka kena jaundice.

APAKAH JAUNDICE?

Senang cita, demam kuning la. Habis mata, kulit baby jadi kuning, disebabkan oleh bilirubin, yang terhasil apabila sel darah merah pecah. Bilirubin ialah tak larut air, jadi sebab tu bilirubin yang tinggi akan manifest di kulit. Bilirubin akan diproses di hati untuk menjadikannya larut air dan dibuang dalam najis dan air kencing.

JENIS JAUNDICE

  • Physiological
    •  paling biasa menyerang baby
    • Biasanya bermula selepas 24 jam dan berakhir lebih kurang seminggu dua

 

  • Pathological (disebabkan penyakit)
    • Biasanya bermula sebelum 24 jam
    • Masih tinggi walaupun sudah 2 minggu. Namun, ada je physiological jaundice sampai sebulan, kena buat test baru tau penyakit atau tak

SEBAB JAUNDICE?

Kita tau suda yang bilirubin adalah produk daripada sel darah merah. Jika banyak sel darah merah yang pecah, jadi bilirubin akan banyak dalam darah.

Sel hati baby belum matang, jadi mengambil masa untuk proses bilirubin

Apakah penyebab bilirubin berlebihan dalam darah?

  • Polycythemia – keadaan dimana hemoglobin baby terlalu tinggi. Biasanya baby ini adalah normal. Mungkin disebabkan oleh lambat mengepit tali pusat selepas lahir, twin-to-twin transfusion syndrome, ataupun mungkin masalah plasenta sebelum lahir, biasanya berlaku kepada ibu yang menghidap tekanan darah tinggi atau diabetes semasa mengandung
  • Cephalhematoma – pengumpulan darah di bahagian kulit kepala ketika baby keluar dari jalannya
  • Pendarahan dalam ventricle – ventricle adalah kaviti dalam otak yang menyimpan air tulang belakang (cerebrospinal fluids). Biasanya baby yang tidak cukup bulan mempunyai risiko ini.

Selain daripada itu, baby yang dehidrasi juga boleh kena jaundice, mungkin susu ibu tidak cukup. Ini dipanggil “Breast feeding jaundice”

Jangan tak tahu, susu ibu juga boleh menyebabkan jaundice kerana dalam susu ibu terdapat bahan yang merencatkan tindakan enzim keatas bilirubin. Jangan risau ya ibu-ibu, penyusuan boleh diteruskan.

PATHOLOGICAL JAUNDICE YANG BIASA BERLAKU

ABO imcompatibility – iaitu perbezaan jenis darah anak dan ibu yang mana antibody dihasilkan oleh ibu termasuk ke dalam system peredaran darah baby dan memecahkan sel darah merah. Biasanya berlaku kepada ibu berdarah O dan baby berdarah A atau B. Walaupun logiknya darah O selamat didermakan kepada semua jenis darah, namun masih belum ada yang dapat merungkai bagaimana ini berlaku.

Rhesus negative mother (rhesus ialah salah satu antigen dalam darah) – Biasanya tidak berlaku kepada anak pertama kerana ketika itu badan ibu baru menghasilkan antibody kerana berlaku percampuran darah anak dan ibu. Anak-anak seterusnya akan terjejas

Namun ini boleh diatasi dengan suntikan rhogam kepada ibu.

Masalah thyroid – hypothyroidism (kurang hormone thyroid)

Selain daripada itu adalah masalah pada system hati dan hempedu yang memerlukan pembedahan

TIPS TURUNKAN PHYSIOLOGICAL JAUNDICE

Anak saya pun turut mengalami jaundice selama kurang lebih 14 hari, tapi nasib la tak tinggi sangat tak perlu letak bawah lampu..

Aha, letak bawah lampu di hospital untuk kurangkan jaundice.

Anak saya hari tu bagi dia hisap anggur hitam, Alhamdulillah terus turun.

Ada orang mandikan dengan herba-herba tapi x tau herba apa

Yang penting kena bagi susu dengan kerap. Baby yang jaundice memang lebih suka tidur je, sebab dia penat kerana toksin yang tinggi dalam badan. Kejut dia every 2 hours dan bagi susu, paksa jugak. Akeke

Lagi satu, awal2 bersalin jangan makan dulu herba-herba ya, mungkin jugak boleh menyebabkan jaundice

BAHAYA JAUNDICE

Jika level bilirubin terlalu tinggi, boleh masuk dalam otak dan menyebabkan kecacatan, sebab tu kalau Nampak anak kuning sikit terus bawak pegi klinik ya..

Jangan ambil mudah baby jaundice.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: