Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

Archive for the ‘Kesihatan si comel’ Category

JAUNDIS BAYI BARU LAHIR

Sekarang macam jadi trend, kebanyakan baby baru lahir mesti kena jaundice. Sebenarnya amek contoh kat kampong saya ja. Dalam bulan May, ada 5 baby baru lahir, 3 daripada mereka kena jaundice.

APAKAH JAUNDICE?

Senang cita, demam kuning la. Habis mata, kulit baby jadi kuning, disebabkan oleh bilirubin, yang terhasil apabila sel darah merah pecah. Bilirubin ialah tak larut air, jadi sebab tu bilirubin yang tinggi akan manifest di kulit. Bilirubin akan diproses di hati untuk menjadikannya larut air dan dibuang dalam najis dan air kencing.

JENIS JAUNDICE

  • Physiological
    •  paling biasa menyerang baby
    • Biasanya bermula selepas 24 jam dan berakhir lebih kurang seminggu dua

 

  • Pathological (disebabkan penyakit)
    • Biasanya bermula sebelum 24 jam
    • Masih tinggi walaupun sudah 2 minggu. Namun, ada je physiological jaundice sampai sebulan, kena buat test baru tau penyakit atau tak

SEBAB JAUNDICE?

Kita tau suda yang bilirubin adalah produk daripada sel darah merah. Jika banyak sel darah merah yang pecah, jadi bilirubin akan banyak dalam darah.

Sel hati baby belum matang, jadi mengambil masa untuk proses bilirubin

Apakah penyebab bilirubin berlebihan dalam darah?

  • Polycythemia – keadaan dimana hemoglobin baby terlalu tinggi. Biasanya baby ini adalah normal. Mungkin disebabkan oleh lambat mengepit tali pusat selepas lahir, twin-to-twin transfusion syndrome, ataupun mungkin masalah plasenta sebelum lahir, biasanya berlaku kepada ibu yang menghidap tekanan darah tinggi atau diabetes semasa mengandung
  • Cephalhematoma – pengumpulan darah di bahagian kulit kepala ketika baby keluar dari jalannya
  • Pendarahan dalam ventricle – ventricle adalah kaviti dalam otak yang menyimpan air tulang belakang (cerebrospinal fluids). Biasanya baby yang tidak cukup bulan mempunyai risiko ini.

Selain daripada itu, baby yang dehidrasi juga boleh kena jaundice, mungkin susu ibu tidak cukup. Ini dipanggil “Breast feeding jaundice”

Jangan tak tahu, susu ibu juga boleh menyebabkan jaundice kerana dalam susu ibu terdapat bahan yang merencatkan tindakan enzim keatas bilirubin. Jangan risau ya ibu-ibu, penyusuan boleh diteruskan.

PATHOLOGICAL JAUNDICE YANG BIASA BERLAKU

ABO imcompatibility – iaitu perbezaan jenis darah anak dan ibu yang mana antibody dihasilkan oleh ibu termasuk ke dalam system peredaran darah baby dan memecahkan sel darah merah. Biasanya berlaku kepada ibu berdarah O dan baby berdarah A atau B. Walaupun logiknya darah O selamat didermakan kepada semua jenis darah, namun masih belum ada yang dapat merungkai bagaimana ini berlaku.

Rhesus negative mother (rhesus ialah salah satu antigen dalam darah) – Biasanya tidak berlaku kepada anak pertama kerana ketika itu badan ibu baru menghasilkan antibody kerana berlaku percampuran darah anak dan ibu. Anak-anak seterusnya akan terjejas

Namun ini boleh diatasi dengan suntikan rhogam kepada ibu.

Masalah thyroid – hypothyroidism (kurang hormone thyroid)

Selain daripada itu adalah masalah pada system hati dan hempedu yang memerlukan pembedahan

TIPS TURUNKAN PHYSIOLOGICAL JAUNDICE

Anak saya pun turut mengalami jaundice selama kurang lebih 14 hari, tapi nasib la tak tinggi sangat tak perlu letak bawah lampu..

Aha, letak bawah lampu di hospital untuk kurangkan jaundice.

Anak saya hari tu bagi dia hisap anggur hitam, Alhamdulillah terus turun.

Ada orang mandikan dengan herba-herba tapi x tau herba apa

Yang penting kena bagi susu dengan kerap. Baby yang jaundice memang lebih suka tidur je, sebab dia penat kerana toksin yang tinggi dalam badan. Kejut dia every 2 hours dan bagi susu, paksa jugak. Akeke

Lagi satu, awal2 bersalin jangan makan dulu herba-herba ya, mungkin jugak boleh menyebabkan jaundice

BAHAYA JAUNDICE

Jika level bilirubin terlalu tinggi, boleh masuk dalam otak dan menyebabkan kecacatan, sebab tu kalau Nampak anak kuning sikit terus bawak pegi klinik ya..

Jangan ambil mudah baby jaundice.

Jangan Takut Baca

20120910-005409.jpg

Bacalah….
Perkataan pertama yang diturunkan kepada Rasul kita. Perkataan yang sangat besar ertinya, yang mengubah tamadun dunia dari gelapnya kejahilan kepada kegemilangan Islam. Mengajak umat manusia supaya banyak membaca dan mencari ilmu pengetahun, bukan sahaja ilmu agama, malahan apa saja ilmu bermanfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat. Penurunan wahyu sulung ini adalah berasaskan pembinaan ilmu pengetahuan dengan permbacaan. Tidak dinafikan manusia pandai membaca dan menulis sejak berkurun lama, namun perkembangan ilmu yang pesat berlaku selepas tersebarnya Islam.

Bacalah…
Sorotlah peristiwa ketika Rasulullah beruzlah di Gua Hirak, memikirkan kerosakan umat. Ketika itulaj Sang Malaikat menyuruh baginda membaca “aku tak tahu membaca”. Dipeluk baginda seeratnya sehingga baginda berasa mengah. 3 kali diulang, timbullah ketakutan, menggigillah baginda berlari pulang. Dirujuk kepada pendeta Waraqah bin Naufal “Inilah Rasul terakhir yang dijanjikan.

Mari kita belajar tafsir wahyu sulung ini, ayat 1-5 surah Al-‘Alaq

1.Bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan
2.Yang mencipta manusia daripada segumpal darah
3.Bacalah dan Tuhanmu yang maha pemurah
4.Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan
5.Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya

Diperintahkan membaca dengan nama Allah supaya pembacaan kita ada hala tujunya, bukan semata2 membaca.
Ayat pertama Allah memperkenal diri, sang pencipta. Menunjukkan betapa dekatnya Dia dengan kita. Cuba bayangkan kalau kita cipta sesuatu barang, mestilah kita sayang kan?

Manusia diciptakan daripada segumpal darah yang kita tengok seketul je, macam xde makna apa2 tp jadilah manusia yang sangat kompleks

Allah juga memperkenal diriNya sebagai yang maha pemurah, yang memberi nikmat tak terhingga kepada hambaNya baik yang beriman atau tidak.

Ribuan jilid kitab2 ilmu yang berpandukan Al-Quran membuktikan bahawa Islam agama yang berasaskan tulisan dan bacaan walaupun ketika itu penggunaan alat2 ini adalah terhad, namun sumbangan mereka tidak wajar diperkecil. Ilmu yang diikat mengunakan pen dan kertas lebih berkesan berbanding ilmu yang didengar2 saja (sekarang orang menulis ngan komputer.. 🙂

Sebagai orang Islam kita kenalah rajin membaca, itulah cara Allah mengajar kita apa yang kita tidak tahu. Stop bagi alasan, hanya pembacaan dan menuntut ilmu dapat menaikkan taraf hidup kta sekaligus dihormati kawan dan disegani lawan. Sambutlah seruan satu hari satu buku…ohhh melampau kot… Haha

Sumber : drhayei

Yakin

sy memang x suke bila tukar rotation ward sebab jumpa semua patient baru yang case note setebal buku medic n langsung takde summary, jadi saya yang rajin telah dipaksa oleh seorang MO tuk membuat summary. Untuk memudahkan keja, sy telah menceraikan beberapa document penting dari case note itu supaya mudah saya refer nanti.
What happened wad, masa mau pulang, document tu hilang plak.. mati kutu sy cari. 50 ribu kali sy belek2 case note pt tu, x jumpa2. Sy cuba ingat blk last skali sy tgk or pegang papers tu, hampeh. Tgk case note patient lain lagi, pun tiada.
Kebetulan da masuk waktu magrib, jadi sy solat dulu. Dalam doa sy, sy
mintak betul2, ya Allah, sy betul2 sedang cari benda tu dan sy betul2 inginkan dia. Dengan yakin, sy pasti jumpa blk kertas tu, benda pertama sy belek ialah case note dia.
Subhanallah, betul2 terselit di situ. Ajaib kan, sebelum ni 50 ribu kali dah sy belek case note yang sama,macam magic plak..
Doa dan yakin, pasti Allah akan memberi. Maka hiduplah dengan keyakinan kerana Allah sayang hambaNya.

Demi Dhuha

Aku manusia lemah, aku mudah lupa. Satu masa dulu, aku pernah rasakan keindahan, betapa hebat kuasa solat sunat di waktu dhuha. Aku dulu pelajar yang bodoh takdela pandai sangat, tapi kerana waktu itu aku berkenalan dengan solat ketika naiknya mahatari sepenggalah dan berakhir ketika tergelincir matahari.

Ketika itu aku tidak takut, walau apa saja yang kubuat, aku yakin Allah ada bersama, aku yakin Allah tidak mengecewa. Dan benarlah, demi waktu dhuha, akulah pelajar yang disegani ketika itu di sekolahku. Manakan orang tidak kagum, pelajar yang dipandang sebelah mata mengharumkan nama sekolahnya.

Setelah masuk universiti, waktu kuliah tak menentu, kadang2 terlepas dhuhaku lantaran di kuliah. Kadang2 aku sendiri beralasan badanku penat. Di alam pekerjaaan, menjadi2 pula. Tidak kukena waktu dhuha sudah, biarpun ketika tiada kerja. Maklumlah sebagai seorang doktor, risau jika tiba2 pesakit memerlukanku.

Namun, dalam hatiku ada ketakutan. Seakan tidak yakin dengan setiap yang kulalukan. Demi waktu dhuha, inilah keyakinan yang telah lama kutinggalkan. Azamku untuk kembali, mungkin tidaklah sehebat aku di zaman remajaku, namun aku berusaha
. Moga bila tiba waktu, masaku adalah untukmu dhuha.