Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

Jangan Takut Baca

20120910-005409.jpg

Bacalah….
Perkataan pertama yang diturunkan kepada Rasul kita. Perkataan yang sangat besar ertinya, yang mengubah tamadun dunia dari gelapnya kejahilan kepada kegemilangan Islam. Mengajak umat manusia supaya banyak membaca dan mencari ilmu pengetahun, bukan sahaja ilmu agama, malahan apa saja ilmu bermanfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat. Penurunan wahyu sulung ini adalah berasaskan pembinaan ilmu pengetahuan dengan permbacaan. Tidak dinafikan manusia pandai membaca dan menulis sejak berkurun lama, namun perkembangan ilmu yang pesat berlaku selepas tersebarnya Islam.

Bacalah…
Sorotlah peristiwa ketika Rasulullah beruzlah di Gua Hirak, memikirkan kerosakan umat. Ketika itulaj Sang Malaikat menyuruh baginda membaca “aku tak tahu membaca”. Dipeluk baginda seeratnya sehingga baginda berasa mengah. 3 kali diulang, timbullah ketakutan, menggigillah baginda berlari pulang. Dirujuk kepada pendeta Waraqah bin Naufal “Inilah Rasul terakhir yang dijanjikan.

Mari kita belajar tafsir wahyu sulung ini, ayat 1-5 surah Al-‘Alaq

1.Bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan
2.Yang mencipta manusia daripada segumpal darah
3.Bacalah dan Tuhanmu yang maha pemurah
4.Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan
5.Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya

Diperintahkan membaca dengan nama Allah supaya pembacaan kita ada hala tujunya, bukan semata2 membaca.
Ayat pertama Allah memperkenal diri, sang pencipta. Menunjukkan betapa dekatnya Dia dengan kita. Cuba bayangkan kalau kita cipta sesuatu barang, mestilah kita sayang kan?

Manusia diciptakan daripada segumpal darah yang kita tengok seketul je, macam xde makna apa2 tp jadilah manusia yang sangat kompleks

Allah juga memperkenal diriNya sebagai yang maha pemurah, yang memberi nikmat tak terhingga kepada hambaNya baik yang beriman atau tidak.

Ribuan jilid kitab2 ilmu yang berpandukan Al-Quran membuktikan bahawa Islam agama yang berasaskan tulisan dan bacaan walaupun ketika itu penggunaan alat2 ini adalah terhad, namun sumbangan mereka tidak wajar diperkecil. Ilmu yang diikat mengunakan pen dan kertas lebih berkesan berbanding ilmu yang didengar2 saja (sekarang orang menulis ngan komputer..🙂

Sebagai orang Islam kita kenalah rajin membaca, itulah cara Allah mengajar kita apa yang kita tidak tahu. Stop bagi alasan, hanya pembacaan dan menuntut ilmu dapat menaikkan taraf hidup kta sekaligus dihormati kawan dan disegani lawan. Sambutlah seruan satu hari satu buku…ohhh melampau kot… Haha

Sumber : drhayei

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: