Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

Zink dan Kesihatan

1. Fungsi imun
Kekurangan zink yang teruk boleh menjejaskan sistem imun. Sebenarnya, kurang zink sikit pon boleh menjejaskan fungsi macrophage, neutrophil, pembunuh semulajadi (salah satu defense sistem – natural killer) dan sistem komplemen (semua ni adalah sistem pertahanan badan). Zink diperlukan untuk mengaktifkan T-Lymphocyte, jadi orang yang kekurangan zink menunjukkan aktiviti lymphocyte yang rendah, tidak hairanlah kanak2 dan orang tua di negera membangun lebih terdedah kepada pneumonia dan jangkitan lain

2. Penyembuhan luka
Zink berfungsi untuk memberi kekuatan kepada kulit dan lapisan mukosa. Pesakit ulser kaki yang kronik mempunyai metabolisma zink ang abnormal dan kekurangan zink dalam badan. Kebanyakan doktor menggunakan zink suplemen untuk mengubati keadaan ini.

3. Cirit- birit
Kemungkinan disebabkan oleh terjejasnya sistem imun tubuh, maka individu tersebit lebih mudah terkena jangkitan kuman yang menyebabkan cirit-birit.
Kajian yang dijalankan menunjukkan kanak2 yang miskin dan kekurangan zat makanan di India, Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tenggara mengalami pengurangan kes diarrhea apabila diberikan suplemen zink.
WHO dan UNICEF mencadangkan 20mg zink sehati atau 10mg sehari untuk bayi dibawah 6 bukan selama 10-14 hari untuk merawat keadaan diatas.

4. Demam selsema
Para pengkaji menyimpulkan bahawa zink boleh mengurangkan simptom selsema dengan menghalang aktiviti rhinovirus sekaligus mengelakkan radang.
Biasanya zink disediakan dalam bentuk lozenges atau nasal spray yang melekat dalam mulut dan tekak. Walaubagaimanapun terdapat banyak laporan mengenai kehilangan deria bau dikalangan pengguna spray hidung yang mengandungi zink

5. Age-related macular degeneration (ARMD)
Keadaan dimana macular (tissue yang paling penting dalam penglihatan) merosot kerana faktor usia yang boleh menyebabkan hilang penglihatan. Zink adalah mineral yang diperlukan oleh antioksida untuk bertindak dengan betul, jadi kekurangan zink menyebabkan kurang keberkesanan antioksida di kawasan mata.
Selain daripada zink, nutrient lain yang banyak di kawasan mata ialah vitamin C, E, coenzyme Q10, glutathione dan selenium. Jadi kekurangan nutrient2 ini juga memberi risiko besar kepada mata anda.

6. Tindakan zink kepada kuprum dan zat besi
Zat besi yang diambil dalam amoun yang tinggi akan menghalang penyerapan zink.
Pengambilan zink yang tinggi boleh menghalang penyerapan kuprum – mengakibatkan anemia yang berkai dengan kekurangan kuprum

KESAN ZINK BERLEBIHAN

ACUTE
– loya dan muntah
– hilang selera makan
– kekejangan pada perut
– cirit-birit
– sakit kepala

KRONIK
– kuprum rendah dalam badan
– mengganggu fungsi zat besi
– sistem imun terganggu
– HDL kolesterol menurun

BERAPA BANYAK ZINK YANG DIPERLUKAN?
Untuk orang dewasa
Lelaki : RDA 11mg, Level paling tinggi : 40mg
Wanita RDA 8mg, Level paling tinggi : 40mg

Anda berminat???
Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau maklumat lanjut

0126211883
aliffmilo@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: