Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

Memiliki cahaya mata adalah saat paling indah buat pasangan suami isteri, namun diawal kelahiran, bayi memerlukan tidur yang banyak untuk tumbesarannya. Posisi tidur bayi memainkan peranan penting untuk memastikan bayi tidur lena. Bayi memerlukan waktu tidur antara 16-18 jam sehari. Mereka mungkin terjaga waktu menukar lampin atau lapar. Jadi, dinasihatkan agar anda menukar posisi tidur bayi setiap 2 jam, dikhuatiri jadi ulser plak sebab tido lama sangat. Namun, jika bayi anda jaundice, dinasihatkan kejut bayi setiap 2 jam untuk memberi susu.

1. Melentang
– memudahkan ibu bapa memerhatikan pernafasan bayi
– perlu lapik kepala dengan bantal supaya lebih tinggi daripada perut untuk mengelakkan bayi termuntah masa tidur
– Mengelakkan muka terbenam dalam bantal, elakkan lemas
– bayi premature atau yang tidak normal, eg: Down syndrome tidak digalakkan tidur dalam posisi ini kerana otot mereka mungkin lemah dan lembik, lidah akan jatuh ke belakang dan menutup saluran pernafasan
– budaya masyarakat US tidak gemar posisi ini kerana percaya bayi mudah sesak nafas dan kurang bijak, namun dinafikan oleh satu kajian
– mulut biasanya terbukak, senang perut masuk angin

2. Meniarap
– posisi paling digemari oleh kebanyakan bayi – anak saya suka tidur macam ni atas dada daddy nya. Kalau letak atas tilam walau dalam posisi meniarap, cepat je terjaga…
– pastikan tilam lembut dan letakkan bantal di bawah perut bayi supaya lebih selesa
– muka bayi mudah tenggelam dalam badan, risiko tinggi untuk lemas
– posisi ini dikatakan menekan paru2, oksigen kurang masuk

3. Mengiring
– sokong bayi dengan bantal di belakang badan supaya tidak terlentang dengan tiba-tiba
– dikatakan posisi paling selamat, kebanyakan hospital memilih untuk meletakkan bayi dalam posisi ini
– jika bayi termuntah, muntah tidak masuk dalam paru2

Saranan untuk ibu bapa

1. Gunakan tilam yang rata dan keras. Jika mengguna tilam lembut seperti tilam air, angin atau batal yang lembut, risau bila bayi menukar posisi ke meniarap, mukanya boleh terbenam dalam bantal dan mengakibatkan sesak nafas.

2. Pastikan suhu badan bayi tidak panas sebelum tidur. Gunakan selimut yang nipis, pakaian dan suhu bilik yang sesuai.

3. Elakkan berkongsi katil dengan bayi, ada kes bayi mati dihimpit ibu bapa. Kalau tidur tak buas, xpala.
Pengalaman bayi saya, sudah 2 kali diketuk kepala oleh daddynya. Nasibla, dia yang nk berkepit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: