Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

Seronok, mmg seronok baca pasal orang bersalin melalui teknik gentle birth or hypnobirthing. Si ibu akan mengawal pernafasan yang dikatakan boleh mengawal kesakitan. Actually not quite clear about the technique sbb hari tu pon baca2 je dari magazine or internet.

Berbalik pada cerita saya. Sakit mula rasa sakit kuat dari pagi, tapi datang sekejap2 aja, so buat bodoh je lah. Sempat pegi jalan rumah nenek makan nasik kerabu. Malam tu, dalam kul 9 lebih, sakit tu makin kerap tp ada kawan2 pesan xyah la cpt sgt pegi hospital, kasik jalan besar dulu. Saya pon lagi suka bila sampai tu jalan da besar, trus ajo branak. Tp sbb sakit sgt, g ckp ngan mak. Mak pon ajak p hosp terus.

Sampai di hospital dalam kul 10.30pm tapi doktor bz so x bley cek lagi. Dan saya rasa sakit tu makin kerap, masa tu konon2 kontrol nafas, fikir “this is the sweetest pain”. Tp masa tu sempat lagi whataps ngan hubby n few frens and my sister. Sorang kawan suggest satu teknik dlm hypnobirthing : vocalisation. Jadi dia suh sy zikir kuat2 to deviate the pain. Memandangkan masih di bilik penilaian dan antara satu patient dipisahkan oleh curtain je, saya zikir slow2 sekadar dgr kat telinga sendiri.

Dalam kul 11 lebih doktor dtg cek jalan, baru 3cm and diorang nak push ke ward dulu. Sementara tunggu masuk ward, saya truskan aktiviti hypnobirthing tu. Tp kali ni sakit makin kerap, sy terus berzikir sampai tak sedar bila saya menjerit sbb sakit sangat. Staf2 semua dah risau, lalu cek balik jalan, da 7cm. Ok, push ke labour room.

Masuk labor room around 1am. Masa tu mak dipanggil kalau nk teman. Masa mak datang, sy cakap mak, sakit tp terus berzikir atau lebih tepat menjerit, macam orang meracau pon ada. Mak pon agak panik masa tu, hihi. Ada nurse dtg cek jalan lagi sbb sakit sgt. Nah kau, da 10cm.Boley teran da, kata si nurse. Dalam 5 minit teran, kluarla si bb tanpa ayah. (sbb ayahnya masih di kl ok, xde flight nak balik)

Alhamdulillah sangat, walaupun sakit tak tertahan tapi prosesnya sekejap. Walaupun orang kata anak sulung biasanya lama.

Hasilnya saya berjaya bersalin tanpa painkiller.😉
Cuma bagi ibu2 yang ingin cuba hypnobirthing, baiklah join kelas untuk kefahaman dan praktikal yang betul. Kalau baca2 cam tak cukup je.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: