Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

Bukan Salahku

Selama ini kita diberi kefahaman bahawa kolesterol adalah penyebab salur darah tersumbat dan menyebabkan masalah jantung, stroke dan sebagainya. Kesian cholesterol dipersalahkan…

Yang kita belajar terdapat 2 jenis kolesterol : high density lipoprotein (HDL) dan low density lipoprotein (LDL) dan LDL adalah kolesterol yang jahat dengan berkumpul pada dinding arteri dan menyempitkannya sedangkan HDL akan membersihkan kotoran ini.

Bersediakah anda untuk pengetahuan yang tidak biasa ini?

Sebenarnya LDL asli (native LDL) tidaklah jahat. Ia juga berfungsi sama baik dengan HDL. (Next entry kita discuss fungsi kolesterol pulak). Namun, native LDL senang dipengaruhi oleh radikal bebas. Jadi, apabila radikal bebas bercampur dengan LDL (oxidized LDL / modified LDL), inilah yang jahat sebenarnya. Menurut Dr Daniel Steinberg dalam New England Journal of Medicine, jika seseorang mempunyai antioksida yang cukup maka native LDL tidak akan menjadi jahat

Bagaimana oxidized LDL ini menyumbang kepada penyumbatan arteri?

ArteryWalls1

Dalam image diatas, apabila endothelium, iaitu lapisan arteri paling dalam tercedera (endothelium adalah lapisan yang sangat sensitive, terlanggar sikit da koyak), native LDL akan berkumpul di lapisan bawahnya (subendothelial space)

Di ruangan inilah radikal bebas akan mengubah native LDL menjadi oxidized LDL. Disebabkan terdapatnya kecederaan, badan bertindak balas dengan menghantar ambulan iaitu sel darah putih, biasanya monocyte. Untuk native LDL monocyte akan mengambil dan meletakkannya kembali sebagai native LDL.

F2.large

Bagi LDL yang telah berubah, monocyte akan mengambil dan menyimpannya. Interaksi ini bukan diantara satu oxidized LDL dan satu monocyte tapi berjuta2. Jadi mereka akan berkumpul di situ dan membentuk foam cell (ketulan lemak yang nampak seperti buih)

Mereka akan terus berkumpul di situ dan mengeraskan arteri di kawasan itu. Apa2 sel yang melalui tempat ini terutama platlet dan smooth muscle (untuk merepair kononnya) akan turut menempel di situ, dan membentuk plaque,menambahkan penyempitan arteri.

Kemuncaknya apabila plaque ini pecah, dia akan travel dalam arteri dan mungkin menyumbat salur darah yang lebih kecil. Hasilnya itulah, jika ke jantung :heart attack, jika ke otak : stroke. Sementara itu, di tempat plaque pecah tadi, sel2 darah akan cuba mengubat tempat itu lalu membentuk clot yang mungkin juga boleh menyebabkan penyumbatan arteri di situ.

Harap2 dapat la difahami apa ingin saya sampaikan. Proses ini tidak la begitu senang, tapi kurang lebih begitu lah. Kesimpulannya, cukupkanlah antioksida dalam badan anda untuk mengelakkan penyakit2 ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: