Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

Homocysteine

Sepanjang 5 tahun menjadi medical student dan 2 tahun menjadi houseman, saya tak pernah dengar kepentingan homocystein sehingga saya berada di posting terakhir, iaitu paeds. Sebabnya salah satu penyakit budak iaitu ‘inborn error of metabolism’ ada something to do dengan homocystein, tu pun bukanlah perkara besar sangat. Kalau homocystein tinggi, so?

Homocystein adalah sejenis amino (binaan asas protein) yang berada dalam salur darah kita. Kajian mengenainya dijalankan oleh Dr Kilmer MrCully pada pertengahan 1960an. Doktor ini merupakan pathologist dan penyelidik graduated from Harvard Medical School.

Menurut kajian beliau, semakin tinggi homocystein dalam badan kita, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit jantung. Malangnya kajian beliau ketika itu tidak diiktiraf kerana ketika itu para pengkaji sibuk menyalahkan cholesterol sebagai punca penyakit cardiovascular. Saintis hanya menyedari homocystein berbahaya kepada kesihatan 20 tahun selepas itu. Buang karan je, kata Dr McCully

Berkenalan Dengan Homocysteine

Ialah product apabila badan menguraikan amino acid perlu iaitu methionine. Methionine boleh ditemui dalam daging, telur, keju, tepung gandum, makanan dalam tin dan makanan yang diproses. Homocysteine pulak akan ditukar kepada cysteine dan methionine balik oleh sejenis enzim dalam badan.

Cysteine dan methionine adalah bahan yang tidak berbahaya kepada badan, jadi kalau banyak2 pon tidak jadi masalah. Homocysteine la yang menjadi masalah sekarang. Walaupun boleh ditukar oleh enzim, realitinya enzim ini memerlukan FOLIC ACID, VITAMIN B6 dan VITAMIN B12 untuk melakukan kerjanya. Kalau bahan2 diatas tak cukup dalam badan kita, maka homocysteine akan meningkat dalam badan.

Bagaimana Menurunkan Level Homocysteine?

Mesri ramai tertanya berapa level homocysteine yang normal. Kalau boleh, kita mau level yang serendah2 nya. Saya pun tak pasti berapa level normalnya sbb kalau di Sabah sangat2 jarang kami buat ni, dan samplenye kena hantar pegi KL. Namun menurut Dr Ray D. Strand dalam bukunya

What Your Doctor doesn’t know about nutritional medicine maybe killing you

, di US biasanya lab akan menggunakan level 5-15 micromols/L. Namun menurut sesetengah medical literature, anda mendapat risiko penyakit jantung apabila homocysteine melebihi paras 7.

Ada 2 cara untuk menurunkan paras homocysteine dalam badan anda. Sebab anda dah tau sumber2nya jadi berpada2lah menikmati makanan seperti yang sudah saya sebut di atas.

Kedua, menyediakan Folic acid, Vitamin B6 dan vit B12 yang secukupnya supaya sistem enzim untuk menguraikan homecysteine ini bertindak dengan baik. Dr Ray mencadangkan
– 1000mcg folic acid
– 50-150 mcg vit B12
– 25-50 mg vit B6

Jadi andalah yang memilih untuk kesihatan sendiri. Adakah anda akan percaya terus kolesterol penyebab utama masalah jantung dan meneruskan pengambilan ubat sintetik untuk menurunkan paras kolesterol anda atau mencegah dari awal dengan menurunkan paras homocyteine? Anda mampu mengubahnya

20130430-081430.jpg

Credit : gambar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: