Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

1. Regurgitation of milk
Orang Klate panggil ‘jeluak’. BM nya saya nda tau pulak sbb kalau di hospital (di Sabah) kami panggil muntah je tapi dlm amoun yang sedikit dan susu semata2.. Kebanyakan baby akan jeluak selepas diberi susu kerana mereka turut menelan udara bersama2 dengan susu, jadi bila udara terkeluar maka sedikit susu akan turut keluar bersama udara itu. Jadi, baby perlu di’burp’ selepas menyusu iaitu dengan mendudukkan baby selama 5-10 minutes supaya udara dari perutnya keluar, ada juga yang menepuk atau menggosok belakang baby..

2. Najis
2 -3 hari pertama najis baby berwarna hitam seperti tar, diikuti dengan najis hijau untuk next 1 or 2 days kemudian najis biasa – kuning, separa pejal dan melekat-lekat. Kebanyakan baby berak 4-8 kali sehari, biasenya digunakan untuk mengukur sama ada baby mendapat air yang cukup. Ada sesetengah baby yang berak setiap kali selepas makan. Namun ada jugak baby yang berak 2-3 hari sekali, jika najis baby macam biasa dan baby selesa and tidak perlu risau kerana keadaan ini biasa untuk baby yang diberi susu ibu. Namun jika baby anda berak keras dan menangis selepas berak, mungkin dia mengalami sembelit.

3. Kencing
Kebanyakan baby baru lahir kencing dalam masa 48 jam selepas lahir. Jika tidak, masalah buah pinggang perlu disiasat. Baby akan kencing 5-10 kali sehari dan akan menangis jika lampinnya basah. Jika aliran kencingnya lambat dan dia terpaksa meneran masa kencing, cepat2 la jumpa doktor.

4. Deman kuning / jaundice
Physiological jaundice ( jaundice yang normal) akan muncul selepas 24jam dan berakhir lebih kurang seminggu atau 2 minggu selepas itu. Mungkin baby anda memerlukan rawatan di bawah lampu. Namun jika jaundice muncul kurang dari 24 jam selepas lahir dan berakhir lebih dari 2 minggu mungkin jaundice disebabkan penyakit2 lain. ( Jaundice adalah topik yang panjang untuk dibincangkan, mungkin lain entry😉

5. Demam
Ketika musim panas (kat Malaysia sekarang memang panas gila) baby mungkin akan demam sekejap2, kalau baby masih aktif dan menyusu dengan bagus, anda tidak perlu risau. Demam ini dipanggil demam x cukup air dan perubahan suhu persekitaran. Jadi, teruskanlah menyusu anak anda dan pastikan dia tidak terdehydrasi.

6. Menangis berlebihan
Kebanyakan baby menangis kerana lapar, tidak selesa kerana kencing atau berak, digigit serangga atau dicubit orang sekeliling (huhu). Jika anak anda menangis high-pitched dan tidak dapat dipujuk,kemungkinan ada jangkitan di otaknya.

7. Tidur
Beberapa hari selepas lahir, baby biasanya menutup matabdan tidur selepas diberi susu. Mereka juga biasanya tidur waktu siang hari dan berjaga malam mungkin kerana semasa dlm perut ibu mereka lebih aktif pada waktu malam ketika ibu sedang tidur..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: