Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

Aduyai, mataku…

Demam kanta lekap menjadi2 di negara ini sejak kosmetik ini diperkenal dari Korea. Saya panggil kosmetik kerana biasanya kanta lekap ini digunakan untuk berhias dan orang yang tiada masalah penglihatan boleh memakai untuk memadankan dengan pakaian masing2. Lebih mengejutkan kanta lekap ini boleh didapati di mana2 sahaja, tepi jalan, booth jual baju atau alat2 mekap.

Apakah kanta lekap/ kanta sentuh?

Iaitu kepingan seakan plastik nipis dan melengkung yang dilekapkan ke kornea mata untuk menjadi alternatif kepada penggunaan kaca mata untuk memperbaik penglihatan seseorang yang rabun. Boleh digunakan untuk terapeutik atau kosmetik

Adakah Penggunaannya amalan sihat?

Bergantung pada disiplin dan sikap pengguna

Pemeriksaan mata perlu dilakukan sebelum pakai untuk menentukan seseorang sesuai atau tidak memakainya.

Pemeriksaan lanjutan juga perlu dilakukan bagi memantau tahap kesihatan mata pengguna dan kesesuaian kanta lekap.

Siapa yang mendapat faedah daripada pemakaian kanta lekap?

  • Individu yang rabun (of kos), biasanya yang aktif bersukan
  • Individu yang mempunyai masalah mata seperti keratokonus, kolobama iris

Siapa yang tidak patut memakainya?

  • Penghidap masalah mata seperti konjunktivitis, blefaritis, jangkitan kuman dan mata kering
  • Pesakit diabetes, HIV positif dan penyakit berjangkit lain
  • Tahap kebersihan diri yang rendah

Cara penjagaan kanta lekap

  • Pastikan kebersihan tangan, kuku, bekas simpanan dan apa sahaja yang membabitkan kanta lekap
  • Kanta lekap dicuci dengan larutan khusus dan disimpan dalam bekasnya
  • Jangan pakai kanta lekap melebihi waktu yang sepatutnya (disarankan lebih kurang 8 jam)
  • Jangan pakai kanta lekap yang rosak. Biasanya kanta lekap yang rosak atau terkoyak akan menyebabkan mata menjadi pedih
  • Membeli kanta lekap daripada pengamal optometri yang berkelayakan sahaja
  • Jangan berkongsi kanta lekap
  • Elakkan tidur dengan memakai kanta lekap

Komplikasi yang mungkin berlaku jika tidak mematuhi aturan pemakaian kanta lekap

  • Jangkitan kuman pada kornea yang dipanggil ulser kornea dan boleh menyebabkan kebutaan
  • Hentikan pemakaian serta-merta apabila mata menjadi merah, berasa sakit dan penglihatan mulai kabur dan segera berjumpa doktor mata. Rawatan perlu diberikan segera untuk mengelak kebutaan

 

Jadi, kepada anda yang ingin bergaya dengan kanta lekap bewarna memang tidak salah langsung, dan memang cantik pon, tapi pastikan mata anda juga selamat.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: