Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

Tak Macam Bibik

Minggu lepas masa masih di tempat kerja aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada si suami yang mengatakan rumah kami dipecah masuk, ditinggal dalam keadaan bersepah dengan beberapa barang berharga lesap. Panik, terkejut, sedih bercampur baur lak perasaan. Sepatutnya abis keja kul 8, hari tu kul 5 dah cabut. Bos aku bagi balik la..

Kul 5 mestila jalan jam, punya lama nak sampai ke balai polis sebab masa tu si suami ada di balai polis. Kul 6.30 baru sampai, masa tu si suami sedang beri keterangan dan dia pergi bersama kawannya. Mesti pelik kan? dr kul 5 dia call aku takkan sampai 6.30 belum habis beri keterangan, panjangnya drama swasta dia. Menurut kawan dia, diorang dah pegi balai polis berdekatan rumah, tapi diorang tak bley siasat kes, canne tah aku tak paham, die suh g balai polis d T.A. Kat sana lak, lepas amek keterangam semua, diorang cakap kena pegi balai polis besar sebab pegawai penyiasat takde kat balai polis diorang.

Pegilah mereka ke balai polis ke3, barulah tempat yang betul. Bila si suami da kluar dr bilik polis tu, nk dekat kul 8pm, dia cakap pegawai polis tu suruh balik rumah, jgn kacau apa2 tapi amek gambar dulu tempat kejadian, yang kena sepahkan bagai, cuci pastu hantar kat dia. Kalau nak tunggu dia datang rumah, takut tak sempat.. Helloooo, nanti aku cakap apa benda yang hilang. Sepatutnya si suami lawan, tapi sebab dia dah tak larat. Apa2 la..

Sampai di rumah,aku tengok, grill kena pecah, mangga masih kukuh.di tempatnya, tombol pintu rosak, walau da kunci dari dalam, boleh bukak dari luar. Kami cek apa yang hilang. 2 laptop, 1 PS3, 2 kamera, 2 jam tangan, 2 utas gelang emas, cincin kawin ku.. uhuk2.. camne kami nak ambik gambar? kamera dah hilang..

Malam tu si suami mengamuk, abis semua polis2 dia updatekan apa yang jadi. Malam tu dia tak berani nak tido takut pencuri tak profesional datang lagi nk angkut tv ke apa. Esoknya dia ambik EL sbb nak repair pintu. Sampai sekarang kes tu macam senyap je, dia tak mintak pon gambar. Saya akan upload gambar kat sini, kalau terbukak blog saya ni print out la, sebab kami pon takde masa nak buat keja org dan jangan salahkan saya kalau orang tertentu pegi hospital saya bagi pisau je, nah operate la sendiri.

image

image
Grill yang kena pecah tp mangga masih terselamat

image

image

Keadaan bilik sy diselongkar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: