Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

Kol Agen

APA ITU KOLAGEN

-Protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% protein dalam badan manusia. Ia menyokong sebahagian besar sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Molekul kolagen terdiri daripad 2 rantai polipeptida yang membentuk rangkaian triple helix.

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratyin (rambut, kuku) tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sumsum dan organ seperti buah pinggang, jantung dan sistem limfatik.

Terdapat 29 kolagen namun 90% daripadanya ialah jenis I,II,III, IV

  • I – kulit, tendon, pembuluh darah, tulang dan gigi
  • II – tulang rawan (komponen utama), mata
  • III – komponen utama reticuler serat. Rangkaian ini bertindak menyokong tissue lembut seperti jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus, rahim
  • IV – pembentukan asas kepada sel membran dasar ( serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang)kanta mata dan endothelium (permukaan paling dalam pembuluh darah)
  • V – permukaan sel, rambut dan uri

FUNGSI KOLAGEN

-Menghasilkan amino acid penting : lysin, prolin dan glysin yang diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong untuk mengawal fungsi sel

-hydroxyprolin – memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang

-glisin – melembapkan kulit

-alanin, prolin, asparagin – menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjal kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan

-arginin – memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur

-mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik

-melindungi tulang rawan dan sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif

-menampung air dalam tubuh

-menigkatkan penyerapan kalsium

-menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah

-menghasilkan rambut dan kuku yang berkualiti

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN

Selepas berusia 25 tahun, penghasilan kolagen berkurang dengan kadar 1.5%, namun kesannya akan dirasai 10 tahun kemudian.

PILIHAN KOLAGEN

-Kolagen ikan dihirolisis adalah yang terulung dan daripada kolagen jenis I. Berat molekul lebih kurang 1000dalton(ikan)  adalah lebih mudah dicerna dan diserap berbanding 400,000 dalton dari sumber kambing, lembu atau babi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: