Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

Jarum oh Jarum

Saat da decide untuk terlibat dalam health professional (yang keja dlm ward, klinik, lab. Orang yang keja di opis excluded eh ) satu benda yang kena dok dalam kepala ialah risiko untuk mendapat NEEDLEPRICK INJURY.

APAKAH?
Dalam bahasa melayu dia cedera tercucuk jarum. Biasanya dikaitkan dengan jarum2 yang berada di hospital atau apa2 alat yang tajam seperti pisau, K-wire dan sebagainya.

KENAPA BAHAYA SANGAT?
1.Risiko untuk mendapat penyakit yang disebarkan melalui darah, contoh HIV, Hepatitis B, C
2.Cost utk merawat needle stick injury adalah mahal, sebab ubat2 hepatitis and HIV tu mahal lorr… Lagi2 plak staf KKM mestila perlu dirawat hingga sembuh

CARA MENGELAKNYA (antaranya..)
1.JANGAN RECAP NEEDLE – after each procedure, buang je needle tu dengan syringnye sekali. Sebab tu penting utk ada sharp bin sekali bila anda buat procedure.

2. Bila nak buang jarum dalam sharp bin, if masih tak masuk, jangan la guna tangan tuk tolak, pakaila alat lain sebab nanti melompat balik jarum tu, akak jugak yang susah

3. Sekarang ni jarum, syringe dibuat baru untuk lebih keselamatan tapi sy tak suka, makin complicated.

4.Pakai glove masa wat procedure, at least kalau nasib baik kene glove tak kena tangan kita

APA NAK BUAT BILA KENA NEEDLE PRICK
1. Basuh dengan air banyak2, kalau boleh bawah air paip yang mengalir dengan sabun okeh
2. Tekan jari tu sampai keluar darah
3. Pegi report kat Infectious control unit atau Occupational Health Dept
4. Nanti mereka akan refer clinic infectious disease, jadi di situlah mereka decide perlikan treatment atau tak
5. Jangan default follow up

Act, walaupun sudah amalkan langkah keselamatan di atas, memang susah untuk elak needle prick ni. Semakin hari, semakin ramai orang yang kena needleprick injury, especially dikalangan doktor muda. Tak tau nak cakap canne, tapi tuhla berhati2 dan terus mendapatkan rawatan jika terkena needle prick injury.

PENGALAMAN SENDIRI
Masa tu dah la post keja malam, biasanya mmg org yang keja malam akan amek darah waktu pagi. Blood makcik tu punyalah susah nak amek, da amek kat arteri pon tak mau klua gak. Last skali saya decide tuk guna butterfly, jenis yang tube panjang, apalagi dah la darah tak dapat, sebab die terayun2 tu,paaappp tekenala jariku.

To make things worse, mak cik tu plak ada Hepatitis B. Omaigod.. Matila ku… Terus pegi report kat infectous control. Alhamdulillah, setakat ni xdak pape, sebab hari tu penah amek hep B vaccine.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: