Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

Kempen breastfeeding

 

Kebanyakan ibu yang baru melahirkan anak pertama yang masih belum berpengalaman dalam breastfeeding yang saya temui rata2 berpuashati jika berjaya menyusukan baby mereka seminggu dua. Macam2 alasan yang diorang kasik, x sempat, xde susu, baby tak pandai hisap. Hakikatnya mereka sangat tidak tahu perbandingan antara susu mereka dengan susu lembu

Kebaikan susu ibu
1. Makanan awal terbaik. Semua sudah siap dibancuh, tak perlu tambah air, gula dan sebagainya. Susu ibu juga mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh baby, takyah nak tambah apa2 lagi. Colostrum iaitu cecair kekuningan yang mula2 keluar tu mengandungi antibodi yang mampu melindungi anak selama 6 bulan, sebelum mula bagi makan.
Selain itu, orang dewasa yang minum susu ibu semasa bayi risiko utk mendapat penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi dan obesiti adalah rendah. Terdapat juga kajian menunjukkan bayi yang mendapat susu ibu adalah lebih bijak.
2. Economy – senang tak bawak, takde tertinggal2 gadjet atau apa.
3. Faedah kepada mak – kaedah mengawal kelahiran terbaik yang mana ibu dilindungi daripada mengandung selama 6 bulan jika menyusukan baby exclusively. Selain itu, dapat mengurangkan risiko barah payudara dan barah rahim nanti.
4. Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang dimakan, membantu mengenalkan makanan kepada baby melalui air susu
5. Kepekatan susu ibu juga berubah mengikut keadaan. Contohnya waktu panas susu akan menjadi lebih cair untuk menghilangkan dahaga si baby. Kalau waktu malam atau sejuk, susu akan lebih pekat menjadi sumber tenaga kepada baby.
6. Menguatkan ikatan emosi anak dan ibu
Susu formula
1. Mudah – sesiapa saja boleh kasik susu, xperlukan ruang privasi
2. Pengahadaman susu yang perlahan – baby akan tidur lebih lama, xyah menyusu lama2
3. Ibu tak perlu kawal pemakanan
4. Tidak mempunyai nutrien dan antibodi yang sama dengan susu ibu. Meningkatkan risiko tercemar jika tidak disediakan dengan kebersihan yang sepatutnya. Jika dibancuh dengan air yang banyak, baby mungkin malnutrition. Menyebabkan penghasilan susu ibu berkurang kerana tiada stimulasi.
Penyusuan ibu memang mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding susu formula tetapi ia tidak semudah yang disangka. Ramai ibu2 menyangka lepas bersalin akan dapat menyusu secara semulajadi walaupun tanpa ilmu. Banyakla kau.
Terdapat ibu yang tidak mau menyusu baby mereka kerana takut badan tidak seksi lagi kalau menyusu, hakikatnya menyusulah membantu membentuk body yang cantik semula.
Kalau nak bagi anak susu formula, apa beza anak kita dengan anak lembu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: