Seronok jaga kesihatan secara semulajadi… Jom

Dejavu di Kinabalu

20120715-065145.jpg

Ini adalah pemandangan dari rumah saya pada waktu pagi. Puncak yang nun jauh di sana itulah puncak gunung Kinabalu. Gunung Kinbalu terletak kira2 2 jam dr KK. Nama Kinabalu berasal daripada perkataan “aki” = nenek moyang, “nabalu” = gunung. Bahasa mudahny “gunung nenek moyang” .Tempat2 macam ni mestila ada mitos nya tersendiri.

Menurut kepercayaan masyarkat Kadazandusun yang menjaga tempat ini, gunung ini adalah tempat nenek moyang mereka yang telah mati berehat-rehat. Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.

Namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.

Menurut lagenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ianya bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat.

Diatas Gunung Kinabalu banyak telaga dan lopak-lopak air semulajadi, kaum Kadazandusun percaya tempat inilah roh-roh nenek moyang mereka mandi-manda dan segelintir dari mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum untuk membuang sial. Sekarang kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk orang yang mendaki di Gunung Kinabalu, yang biasanya akan membaling syiling untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun.

Namun perkara memuja roh dan membaling syiling ke dalam kelopak air adalah syirik dan dilarang dalam Islam. Namun Islam tetap membenarkan manusia untuk menghormati sesuatu kawasan selagi adatnya masih selari dengan etika Islam.

Tapi setakat ni saya belum lagi panjat gunung itu…

Sumber : wikipedia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: