oh my god, don't wake me up..still dreaming

Seronok, mmg seronok baca pasal orang bersalin melalui teknik gentle birth or hypnobirthing. Si ibu akan mengawal pernafasan yang dikatakan boleh mengawal kesakitan. Actually not quite clear about the technique sbb hari tu pon baca2 je dari magazine or internet.

Berbalik pada cerita saya. Sakit mula rasa sakit kuat dari pagi, tapi datang sekejap2 aja, so buat bodoh je lah. Sempat pegi jalan rumah nenek makan nasik kerabu. Malam tu, dalam kul 9 lebih, sakit tu makin kerap tp ada kawan2 pesan xyah la cpt sgt pegi hospital, kasik jalan besar dulu. Saya pon lagi suka bila sampai tu jalan da besar, trus ajo branak. Tp sbb sakit sgt, g ckp ngan mak. Mak pon ajak p hosp terus.

Sampai di hospital dalam kul 10.30pm tapi doktor bz so x bley cek lagi. Dan saya rasa sakit tu makin kerap, masa tu konon2 kontrol nafas, fikir “this is the sweetest pain”. Tp masa tu sempat lagi whataps ngan hubby n few frens and my sister. Sorang kawan suggest satu teknik dlm hypnobirthing : vocalisation. Jadi dia suh sy zikir kuat2 to deviate the pain. Memandangkan masih di bilik penilaian dan antara satu patient dipisahkan oleh curtain je, saya zikir slow2 sekadar dgr kat telinga sendiri.

Dalam kul 11 lebih doktor dtg cek jalan, baru 3cm and diorang nak push ke ward dulu. Sementara tunggu masuk ward, saya truskan aktiviti hypnobirthing tu. Tp kali ni sakit makin kerap, sy terus berzikir sampai tak sedar bila saya menjerit sbb sakit sangat. Staf2 semua dah risau, lalu cek balik jalan, da 7cm. Ok, push ke labour room.

Masuk labor room around 1am. Masa tu mak dipanggil kalau nk teman. Masa mak datang, sy cakap mak, sakit tp terus berzikir atau lebih tepat menjerit, macam orang meracau pon ada. Mak pon agak panik masa tu, hihi. Ada nurse dtg cek jalan lagi sbb sakit sgt. Nah kau, da 10cm.Boley teran da, kata si nurse. Dalam 5 minit teran, kluarla si bb tanpa ayah. (sbb ayahnya masih di kl ok, xde flight nak balik)

Alhamdulillah sangat, walaupun sakit tak tertahan tapi prosesnya sekejap. Walaupun orang kata anak sulung biasanya lama.

Hasilnya saya berjaya bersalin tanpa painkiller. ;)
Cuma bagi ibu2 yang ingin cuba hypnobirthing, baiklah join kelas untuk kefahaman dan praktikal yang betul. Kalau baca2 cam tak cukup je.

Air Kelapa

Nikmatnya bila minum air kelapa kan? Nak2 menghadap lautan luas..

Air kelapa ialah air yang sangat sihat terutama untuk kanak2 kerana mengandungi kalori yang rendah dan kaya dengan elektrolyte. Seswai sangat la kalau anak2 tengah aktif untuk mengelakkan dehydrasi. Juga seswai untuk atlit2, dan orang yang mengalami diarrhea. Kalau p klinik pon nanti kena minum air garam jugak

Selain itu, kandungan antioksida yang tinggi mencegah beberapa penyakit dalam entry saya sebelum ini. Dalam kajian yang dihasilkan ke atas binatang, ia mampu menaikkan paras HDL. Manusia belum lagi diuji.

Air kelapa juga dipercayai boleh menjadi diuretics dan laxative semulajadi. Jadi bagi anda yang mempunyai masalah kencing kotor atau sembelit, boleh la cuba, pastu share2 la..

Kalau anak-anak yang ada masalah dalam perut, penghadaman ke, air kelapabagus jugak dan boleh menyelesaikan masalah kecacingan.

Ada juga yang berpendapat air kelapa boleh digunakan intravenously (memasukkan dalam salur darah) disaat kecemasan kerana ia match dengan darah kita (seriously?? Nak kena research ni)

Jadi, air kelapa yang kita kait dan belah sendiri mestila lebih baik daripada yang telah siap di pack. But, still yang siap dipack pon lebih baik daripada minuman2 lain. Cuma jangan lupa cek expired datenya…

N/B: Doktor pesan minum air kelapa untuk cepat bersalin.. iyo ko? Petua orang2 tua katanya

Fungsi Kolesterol

Walaupun kolesterol ada 2 jenis, namun fungsi kedua2 adalah sama

1. Membantu perkembangan janin semasa hamil

-Dengan merangsang perkembangan embrio semasa proses pertumbuhan,dengan merangsang gen2 yang spesifik untuk pertumbuhan organ2 bayi.

- Dalam kajian US National Human Genome Research Instutite pada 2003 mengaitkan pertumbuhan otak janin yang abnormal di dalam ibu yang mengalami kekurangan kolesterol.

2. Mengoptimum perkembangan otak bayi

-mungkin kolesterol menjadi musuh utama orang dewasa namun tidak bagi bayi, kolesterol diperlukan untuk membentukan saraf / sinaps yang sedang berkembang

-Salah satu sumber kolesterol ialah susu ibu, sedangkan susu formula tidak mempunyai atau kurang kandungan kolesterol

3. Komponen sel membran

-Lebih kurang 90% sel membrane ialah kolesterol, jadi kolesterol membantu kemandirian sel. Jika sel badan mengalami kecederaan, kolesterol yang akan membaiki sel cepat2.

4. Pembuatan hormone

-terutamanya steroid hormone

5. Penghasilan vit D

-Dalam tubuh, vitamin D adalah dihasilkan kolesterol

6. Penghasilan cecair hempedu

- Hati menukarkan kolesterol kepada hempedu yang membantu menguraikan lemak

-Membantu pencernaan vitamin larut lemak (A,D,E,K)

7. Antioksida

-HDL juga merupakan antioksida yang powerrrrrr

LDL kolesterol juga pada asalnya bukanlah kolesterol yang jahat, cuma apabila diubah oleh radikal bebas itulah datangnya bahaya pada badan kita.

Bukan Salahku

Selama ini kita diberi kefahaman bahawa kolesterol adalah penyebab salur darah tersumbat dan menyebabkan masalah jantung, stroke dan sebagainya. Kesian cholesterol dipersalahkan…

Yang kita belajar terdapat 2 jenis kolesterol : high density lipoprotein (HDL) dan low density lipoprotein (LDL) dan LDL adalah kolesterol yang jahat dengan berkumpul pada dinding arteri dan menyempitkannya sedangkan HDL akan membersihkan kotoran ini.

Bersediakah anda untuk pengetahuan yang tidak biasa ini?

Sebenarnya LDL asli (native LDL) tidaklah jahat. Ia juga berfungsi sama baik dengan HDL. (Next entry kita discuss fungsi kolesterol pulak). Namun, native LDL senang dipengaruhi oleh radikal bebas. Jadi, apabila radikal bebas bercampur dengan LDL (oxidized LDL / modified LDL), inilah yang jahat sebenarnya. Menurut Dr Daniel Steinberg dalam New England Journal of Medicine, jika seseorang mempunyai antioksida yang cukup maka native LDL tidak akan menjadi jahat

Bagaimana oxidized LDL ini menyumbang kepada penyumbatan arteri?

ArteryWalls1

Dalam image diatas, apabila endothelium, iaitu lapisan arteri paling dalam tercedera (endothelium adalah lapisan yang sangat sensitive, terlanggar sikit da koyak), native LDL akan berkumpul di lapisan bawahnya (subendothelial space)

Di ruangan inilah radikal bebas akan mengubah native LDL menjadi oxidized LDL. Disebabkan terdapatnya kecederaan, badan bertindak balas dengan menghantar ambulan iaitu sel darah putih, biasanya monocyte. Untuk native LDL monocyte akan mengambil dan meletakkannya kembali sebagai native LDL.

F2.large

Bagi LDL yang telah berubah, monocyte akan mengambil dan menyimpannya. Interaksi ini bukan diantara satu oxidized LDL dan satu monocyte tapi berjuta2. Jadi mereka akan berkumpul di situ dan membentuk foam cell (ketulan lemak yang nampak seperti buih)

Mereka akan terus berkumpul di situ dan mengeraskan arteri di kawasan itu. Apa2 sel yang melalui tempat ini terutama platlet dan smooth muscle (untuk merepair kononnya) akan turut menempel di situ, dan membentuk plaque,menambahkan penyempitan arteri.

Kemuncaknya apabila plaque ini pecah, dia akan travel dalam arteri dan mungkin menyumbat salur darah yang lebih kecil. Hasilnya itulah, jika ke jantung :heart attack, jika ke otak : stroke. Sementara itu, di tempat plaque pecah tadi, sel2 darah akan cuba mengubat tempat itu lalu membentuk clot yang mungkin juga boleh menyebabkan penyumbatan arteri di situ.

Harap2 dapat la difahami apa ingin saya sampaikan. Proses ini tidak la begitu senang, tapi kurang lebih begitu lah. Kesimpulannya, cukupkanlah antioksida dalam badan anda untuk mengelakkan penyakit2 ini.

Homocysteine

Sepanjang 5 tahun menjadi medical student dan 2 tahun menjadi houseman, saya tak pernah dengar kepentingan homocystein sehingga saya berada di posting terakhir, iaitu paeds. Sebabnya salah satu penyakit budak iaitu ‘inborn error of metabolism’ ada something to do dengan homocystein, tu pun bukanlah perkara besar sangat. Kalau homocystein tinggi, so?

Homocystein adalah sejenis amino (binaan asas protein) yang berada dalam salur darah kita. Kajian mengenainya dijalankan oleh Dr Kilmer MrCully pada pertengahan 1960an. Doktor ini merupakan pathologist dan penyelidik graduated from Harvard Medical School.

Menurut kajian beliau, semakin tinggi homocystein dalam badan kita, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit jantung. Malangnya kajian beliau ketika itu tidak diiktiraf kerana ketika itu para pengkaji sibuk menyalahkan cholesterol sebagai punca penyakit cardiovascular. Saintis hanya menyedari homocystein berbahaya kepada kesihatan 20 tahun selepas itu. Buang karan je, kata Dr McCully

Berkenalan Dengan Homocysteine

Ialah product apabila badan menguraikan amino acid perlu iaitu methionine. Methionine boleh ditemui dalam daging, telur, keju, tepung gandum, makanan dalam tin dan makanan yang diproses. Homocysteine pulak akan ditukar kepada cysteine dan methionine balik oleh sejenis enzim dalam badan.

Cysteine dan methionine adalah bahan yang tidak berbahaya kepada badan, jadi kalau banyak2 pon tidak jadi masalah. Homocysteine la yang menjadi masalah sekarang. Walaupun boleh ditukar oleh enzim, realitinya enzim ini memerlukan FOLIC ACID, VITAMIN B6 dan VITAMIN B12 untuk melakukan kerjanya. Kalau bahan2 diatas tak cukup dalam badan kita, maka homocysteine akan meningkat dalam badan.

Bagaimana Menurunkan Level Homocysteine?

Mesri ramai tertanya berapa level homocysteine yang normal. Kalau boleh, kita mau level yang serendah2 nya. Saya pun tak pasti berapa level normalnya sbb kalau di Sabah sangat2 jarang kami buat ni, dan samplenye kena hantar pegi KL. Namun menurut Dr Ray D. Strand dalam bukunya

What Your Doctor doesn’t know about nutritional medicine maybe killing you

, di US biasanya lab akan menggunakan level 5-15 micromols/L. Namun menurut sesetengah medical literature, anda mendapat risiko penyakit jantung apabila homocysteine melebihi paras 7.

Ada 2 cara untuk menurunkan paras homocysteine dalam badan anda. Sebab anda dah tau sumber2nya jadi berpada2lah menikmati makanan seperti yang sudah saya sebut di atas.

Kedua, menyediakan Folic acid, Vitamin B6 dan vit B12 yang secukupnya supaya sistem enzim untuk menguraikan homecysteine ini bertindak dengan baik. Dr Ray mencadangkan
- 1000mcg folic acid
- 50-150 mcg vit B12
- 25-50 mg vit B6

Jadi andalah yang memilih untuk kesihatan sendiri. Adakah anda akan percaya terus kolesterol penyebab utama masalah jantung dan meneruskan pengambilan ubat sintetik untuk menurunkan paras kolesterol anda atau mencegah dari awal dengan menurunkan paras homocyteine? Anda mampu mengubahnya

20130430-081430.jpg

Credit : gambar

Betul ke nutritional medicine ialah bentuk perubatan yang ajaib? Naaaaahhhh!!! Ajaib kot celoh mano gak????
Sebenarnya badan kita ialah the most ajaib thing in the world. Badan kita sebenarnya ialah medan peperangan. Antara ‘free-radicals’ dan anti-oxidants.

Badan kita memang berupaya menghasilkan anti-oxidants nya sendiri. Walau bagaimanapun, sekuat mana atau sebanyak mana anti-oxidants yang dihasilkan, lebih banyak aktiviti seharian kita yang menghasilkan musuh kita. Canne ‘free-radicals’ boleh terhasil dalam badan kita? Ialah daripada process yang dijalankan menggunakan oleh mitochondria (pusat energy la dalam cell kita) untuk menghasilkan ATP (energy) dan air. 4 elektron diperlukan untuk menukarkan oksigen kepada air, tp process ini tidak selalunya berjaya, lalu meninggalkan satu atom oksigen bergelimpangan yang dikenali sebagai “FREE-RADICALS’

Mana2 bahagian badan yang dekat dengan aktiviti ‘free-radicals’ ini, maka lebih cepat la bahagian itu rosak. Kalau mata, mungkin kita akan terkena macular degeneration atau cataract. Kalau salur darah, serangan sakit jantung atau stroke. Kalau sendi, arthritis dan kalau otak, Alzheimer’s atau Parkinson’s disease.

Peperangan dalam badan kita

The enemies = free radicals

The allies = Antioxodants

Behind The Lines = Supporting nutrients – the B cofactors (B1,B2,B6, B12 and folic acid) and antioxidant minerals. Bertindak seperti pembekal minyak, peluru, makanan yang memastikan mesin2 bergerak semasa perang.

Enemy reinforcement = Keadaan yang meningkatkan ‘free-radicals’

MASH = Pasukan membaiki cell yang dicederakan oleh ‘free-radicals’

Apakah yang meningkatkan ‘free-radicals’ dalam badan kita?

1.Senaman yang berlebihan

Dalam TheAntioxidant Revolution by Dr Kenneth Cooper menegaskan senaman berlebihan akan meningkatkan free-radicals dalam badan.

Aaa aaa aaa (index finger in the air) ini bukanlah alasan untuk anda tidak bersenam ye. Diulangi, senaman berlebihan, jadi Dr itu telah mencadangkan senaman yang ringan sahaja dah cukup, takyahla nak berlari cam Watson Nyambek

2.Stress yang berlebihan

Adakah anda sedar jika anda terlalu stress, anda akan jatuh sakit? Berlebihan….

3.Pencemaran udara
Mengandungi ozone, nitrogen dioksida, sulfur dioksida, dan lain2. Semua orang tahu kan, pencemaran udara ialah berbahaya?

4.Asap rokok
Merupakan penyumbang free-radicals terbesar, apatah lagi jika anda perokok pasif.

5. Pencemaran dalam makanan dan air
Sama lah ngan pencemaran2 lain, air dan makanan kita pon da tercemar

5.Sinaran matahari ultra violet
Pakaila sunscreen kan? Tapi percaya atau tidak, sunscreen juga penyumbang kepada free radicals ini…

6.Ubat dan radiasi
Semua ubat adalah mengandungi keburukan tersendiri kesan yang tidak diingini dan boleh mengakibatkan oxidative stress

Jadi, supplemen akan menambahkan anti-oxidants dalam badan anda untuk meneutralkan free-radicals tersebut.

Source : What Your Doctor Doesn’t Know About Nutritional Medicine Maybe Killing You by Dr Ray D. Strand M.D

1. Regurgitation of milk
Orang Klate panggil ‘jeluak’. BM nya saya nda tau pulak sbb kalau di hospital (di Sabah) kami panggil muntah je tapi dlm amoun yang sedikit dan susu semata2.. Kebanyakan baby akan jeluak selepas diberi susu kerana mereka turut menelan udara bersama2 dengan susu, jadi bila udara terkeluar maka sedikit susu akan turut keluar bersama udara itu. Jadi, baby perlu di’burp’ selepas menyusu iaitu dengan mendudukkan baby selama 5-10 minutes supaya udara dari perutnya keluar, ada juga yang menepuk atau menggosok belakang baby..

2. Najis
2 -3 hari pertama najis baby berwarna hitam seperti tar, diikuti dengan najis hijau untuk next 1 or 2 days kemudian najis biasa – kuning, separa pejal dan melekat-lekat. Kebanyakan baby berak 4-8 kali sehari, biasenya digunakan untuk mengukur sama ada baby mendapat air yang cukup. Ada sesetengah baby yang berak setiap kali selepas makan. Namun ada jugak baby yang berak 2-3 hari sekali, jika najis baby macam biasa dan baby selesa and tidak perlu risau kerana keadaan ini biasa untuk baby yang diberi susu ibu. Namun jika baby anda berak keras dan menangis selepas berak, mungkin dia mengalami sembelit.

3. Kencing
Kebanyakan baby baru lahir kencing dalam masa 48 jam selepas lahir. Jika tidak, masalah buah pinggang perlu disiasat. Baby akan kencing 5-10 kali sehari dan akan menangis jika lampinnya basah. Jika aliran kencingnya lambat dan dia terpaksa meneran masa kencing, cepat2 la jumpa doktor.

4. Deman kuning / jaundice
Physiological jaundice ( jaundice yang normal) akan muncul selepas 24jam dan berakhir lebih kurang seminggu atau 2 minggu selepas itu. Mungkin baby anda memerlukan rawatan di bawah lampu. Namun jika jaundice muncul kurang dari 24 jam selepas lahir dan berakhir lebih dari 2 minggu mungkin jaundice disebabkan penyakit2 lain. ( Jaundice adalah topik yang panjang untuk dibincangkan, mungkin lain entry ;)

5. Demam
Ketika musim panas (kat Malaysia sekarang memang panas gila) baby mungkin akan demam sekejap2, kalau baby masih aktif dan menyusu dengan bagus, anda tidak perlu risau. Demam ini dipanggil demam x cukup air dan perubahan suhu persekitaran. Jadi, teruskanlah menyusu anak anda dan pastikan dia tidak terdehydrasi.

6. Menangis berlebihan
Kebanyakan baby menangis kerana lapar, tidak selesa kerana kencing atau berak, digigit serangga atau dicubit orang sekeliling (huhu). Jika anak anda menangis high-pitched dan tidak dapat dipujuk,kemungkinan ada jangkitan di otaknya.

7. Tidur
Beberapa hari selepas lahir, baby biasanya menutup matabdan tidur selepas diberi susu. Mereka juga biasanya tidur waktu siang hari dan berjaga malam mungkin kerana semasa dlm perut ibu mereka lebih aktif pada waktu malam ketika ibu sedang tidur..

1. Tengok di ‘per 100g’ column (biasanya guna column ini untuk compare dengan makanan2 lain)

2. LEMAK : Cari produk dengan lemak kurang 5g per 100g. Kalau boleh cari yang paling rendah lemak tepu

3. GULA : Cari produk yang kurang 10g per 100g kandungan gula. Jika produk mengandungi buah-buahan, 20g per 100g ialah ok.

4. FIBRE : Jika produk mengandungi 3-6g per 100g fibre, bermaksud produk ini mengandungi kandungan fibre yang tinggi. Pilih produk yang mengandungi kandungan fibre paling tinggi.

5. GARAM : Cuba cari produk dengan ‘low salt’ atau ‘reduced salt’. Cari produk dengan garam kurang daripada 300mg per 100 g. Maksud low salt ialah kurang 120mg sodium per 100g.

NUTRITION CLAIMS – maksud tersirat

1. Reduced fat : Sekurang2 nya 25% lemak dikurangkan daripada produk sebenar, tapi kandungan lemak dalam produk itu mungkin masih tinggi

2. Cholesterol free : Biasanya dilabel pada produk berasakan tumbuhan. Hanya binatang menghasilkan kolesterol sedangkan tumbuhan menghasilkan phytosterol. Jadi, minyak jagung, minyak bunga matahari dll juga mengandungi lemak.

3. No added sugar – Tidak bermaksud makanan itu tiada gula, cuma tiada gula bertapis,mungkin ada gula asli daripada buah-buahan

4. Source of fibre : lebih 1g fibre per 100g

5. High fibre : Sekurang-kurangnya mengandungi 3g fibre

Boost up your immunity

Antibiotik adalah sejenis bahan kimia yang terhasil menerusi mikroorganisma (kuman) yang boleh mengehadkan atau membunuh kuman yang lain. Digunakan dengan meluas dalma bidang perubatan dan pertanian sebagai ubat untuk membantu pertahanan untuk melawan penyakit berjangkit untuk manusia, tumbuhan dan haiwan.

Namun, kebelakangan ini kebanyakan syarikat pembuat ubat tidak lagi mengeluarkan antibiotik baru, walaupun kebanyakan antibiotik sedia ada tidak mampu melawan spesies kuman baru yang muncul.

Hal ini terjadi kerana kita biasa mendapat antibiotik untuk demam selsema dam sakit kerongkong yang biasanya diakibatkan oleh virus. Tiada antibiotik yang dapat membunuh virus. Kebanyakan kita juga tidak menghabiskan antibiotik yang dibekalkan menyebabkan tidak semua kuman dalam badan yang dibunuh menyebabkan mereka kembali aktif dan menjadi kuman yang tidak lagi berkesan dengan antibiotik sebelum ini.

Satu kajian oleh Persatuan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat menunjukkan jumlah antibiotik yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (FDA) berkurangan 56 peratus dalam tempoh 20 tahun dengan hanya 6 antibiotik baru di pasarkan, termasuk 2 pada   2003. Ini berlaku ketika pelbagai jenis species kuman baru yang tahan antibiotik ditemui semakin membiask di persekitaran air dan rantaian makanan.

Saintis lebih bertumpu untuk menghasilkan ubat untuk penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, jantung yang pasarannya lebih luas dan lumayan.

Realiti di hospital (at least tempat kerja saya) kebanyakan antibiotik yang kami gunakan tidak lagi mampu membunuh kuman, terutama untuk pesakit yang kritikal, namun antibiotik itulah yang terus kami gunakan kerana tiada pilihan dan antibiotik yang kuat terlalu mahal dan risau akan menyebabkan resistan.

Jadi, saya menyeru kepada anda jika anda hanya demam biasa, sakit tekak, selsema silalah tolak antibiotik jika diberi oleh doktor anda, kalau tak pon tanya “doktor, saya ni jangkitan virus ke bakteria? Kalau virus, sy tanak antibiotik..” acececeh

 

Aduyai, mataku…

Demam kanta lekap menjadi2 di negara ini sejak kosmetik ini diperkenal dari Korea. Saya panggil kosmetik kerana biasanya kanta lekap ini digunakan untuk berhias dan orang yang tiada masalah penglihatan boleh memakai untuk memadankan dengan pakaian masing2. Lebih mengejutkan kanta lekap ini boleh didapati di mana2 sahaja, tepi jalan, booth jual baju atau alat2 mekap.

Apakah kanta lekap/ kanta sentuh?

Iaitu kepingan seakan plastik nipis dan melengkung yang dilekapkan ke kornea mata untuk menjadi alternatif kepada penggunaan kaca mata untuk memperbaik penglihatan seseorang yang rabun. Boleh digunakan untuk terapeutik atau kosmetik

Adakah Penggunaannya amalan sihat?

Bergantung pada disiplin dan sikap pengguna

Pemeriksaan mata perlu dilakukan sebelum pakai untuk menentukan seseorang sesuai atau tidak memakainya.

Pemeriksaan lanjutan juga perlu dilakukan bagi memantau tahap kesihatan mata pengguna dan kesesuaian kanta lekap.

Siapa yang mendapat faedah daripada pemakaian kanta lekap?

  • Individu yang rabun (of kos), biasanya yang aktif bersukan
  • Individu yang mempunyai masalah mata seperti keratokonus, kolobama iris

Siapa yang tidak patut memakainya?

  • Penghidap masalah mata seperti konjunktivitis, blefaritis, jangkitan kuman dan mata kering
  • Pesakit diabetes, HIV positif dan penyakit berjangkit lain
  • Tahap kebersihan diri yang rendah

Cara penjagaan kanta lekap

  • Pastikan kebersihan tangan, kuku, bekas simpanan dan apa sahaja yang membabitkan kanta lekap
  • Kanta lekap dicuci dengan larutan khusus dan disimpan dalam bekasnya
  • Jangan pakai kanta lekap melebihi waktu yang sepatutnya (disarankan lebih kurang 8 jam)
  • Jangan pakai kanta lekap yang rosak. Biasanya kanta lekap yang rosak atau terkoyak akan menyebabkan mata menjadi pedih
  • Membeli kanta lekap daripada pengamal optometri yang berkelayakan sahaja
  • Jangan berkongsi kanta lekap
  • Elakkan tidur dengan memakai kanta lekap

Komplikasi yang mungkin berlaku jika tidak mematuhi aturan pemakaian kanta lekap

  • Jangkitan kuman pada kornea yang dipanggil ulser kornea dan boleh menyebabkan kebutaan
  • Hentikan pemakaian serta-merta apabila mata menjadi merah, berasa sakit dan penglihatan mulai kabur dan segera berjumpa doktor mata. Rawatan perlu diberikan segera untuk mengelak kebutaan

 

Jadi, kepada anda yang ingin bergaya dengan kanta lekap bewarna memang tidak salah langsung, dan memang cantik pon, tapi pastikan mata anda juga selamat.

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.